3 hari berkerja ngan penuh semangat. ngan full dan juga penat. sakit kepala pun ada. dan sampai sekarang, kepala ku masih sakit dan berdenyut-denyut. tapi yang buat aku masih excited dan juga bekerja dengan penuh semangat ialah aku akhirnya dapat jugak tengok Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dengan mata kepala ku. ni asyik tengok dalam tv je.. sekarang tengok kat luar la plak..
rupanya dr. Fadzilah sangat sweet orangnya. kelakar. dan yang paling aku tak sangka ialah dia kecik je.. tengok kat dalam tv nampak tinggi je.. tak sangka sangat dia kecik je orangnya. hehehehe =) comel plak tu.. adeh.. ade apa-apa ni, puji lelebih ni? ish.. aku cuma excited je.. lalala~
hmm.. mula-mula agak takut, biasalaa bekerja ngan golongan tinggi. huhu. aku fikir mereka sangat berprotokol. dan mahu mengikut protokol sepenuhnya. tapi sebenarnya mereka semua adalah seperti kita juga. tak de yang pelik.
dr. Fadzilah tak sombong. cepat mesra. walaupun pada hakikatnya kami tak pernah pun jumpa sebelum ni. tapi ilmunya sangat tinggi. aku teringin sekali bertanya, apakah kelemahan aku padanya. mungkin aku boleh baiki kelemahan itu dan sekali gus membaiki diri ku dan hidup aku yang penuh tunggang langgang ni.
kekadang berjumpa or berkawan dengan orang yang banyak ilmu ni, banyak kelebihannya. itu pun jika kita pandai bertanya. jika kita pandai bertanya itu ini untuk mendapatkan ilmu daripadanya. tapi kalau berada dekat ngan orang yang berilmu ni, bercakap dengan dia pun dah cukup dengan ilmu dan pesanan-pesanan yang disampaikan.
aku sebenarnya takut untuk berdepan dengan dr. Fadzilah. haha. kelakar. sampai sekarang masih lagi berdebar-debar. macam nak jumpa dengan kekasih pun ada. ish3..
apa sebenarnya yang aku takut?
yela. dia kan penuh ngan ilmu. penuh ngan pengalaman. aku rasa, sekali imbas dia pandang aku pun dia akan tahu aku ni jenis yang macam mana. haha. aku tak kata dia bomoh. mungkin ini berdasarkan pengalamannya or kajiannya tentang manusia.
aku sebenarnya amat berminat untuk mengetahui dan mempelajari ilmu-ilmu macam tu. tapi belum berkesempatan. hmm.. kalau ikut aku, semua ilmu aku nak tahu dan aku nak belajar. tapi cuma masa je yang tak mengizinkannya.
aku akui. dan insyAllah aku akan baiki. dan aku amat percaya, Allah ade di sisi aku dan akan menolong aku walau apa pun yang berlaku. mungkin bukan hari ni Allah akan tolong. tapi mungkin akan datang.
Allah itu Maha Adil dan Maha Tahu.. =)