hari ni, aku sedikit berserabai. memulakan hari dengan penuh serabai. dan menghabiskan hari dengan sisa-sisa air mata di pipi. hmm.. macam sengaL pun ada.
kerja yang banyak. memang memenatkan badan. letih, penat, lemau, dan semuanya ada dalam diri aku. tapi aku cuba sedaya upaya untuk tersenyum. agar hari yang lemau, penat dan letih itu kembali bertenaga.
tapi, di akhir sesi ujibakat, aku memang tak dapat menahannya lagi. hendaknya hati pula terasa sakit.
aku pun tak tahu kenapa aku perlu sakit hati. mungkin setelah berpesan hampir sepuluh kali. tapi penutupnya mengecewakan aku. dan hati yang sakit menjadi makin sakit. menyebabkan air mata ku jatuh ke pipi.
aku pun tak tahu apa motif aku untuk mengambil hati di atas perkara yang terlalu remeh. mungkin sebab badan penat. kerja banyak. sakit kepala berdenyut-denyut. dan kepala ini ku rasakan seolah-olah mahu pecah. dan di tambah lagi dengan perut yang menyanyi riang seperti kanak-kanak rebina. bukan setakat menyanyi malah ia melompat-lompat meminta untuk di isi. tapi ku tahan dulu. kerana kerja belum selesai.
tapi pengakhirannya, selera ku hilang. sebab ia sudah digantikan dengan tangisan aku dibilik air yang hampir 15 minit. (hahaha.. aku rasa, hari ni air mata ku melimpah kot. sampai semua berebut-rebut untuk keluar.)
aku tak pernah minum pepsi. ku tenguk 3 gelas. melepaskan geram yang terbuka. tapi masih juga mahu menangis lagi. pepsi rasanya pahit. tapi ku tenguk jugak. haha. memang aku geram kat diri sendiri nampaknya.
aku menyoal diri sendiri. "PERLU KE AKU AMBIL PEDULI PASAL HAL SEREMEH INI?"
hmm.. aku diam. tapi mata ku terkebil-kebil memanjang kaca yang memantulkan tubuhku yang makin gemuk. (ku kira..haha). perasan semata-mata. hakikatnya TAK!
tapi hati tetap jugak berkeras mahu sakit. tapi bibir ku memujuk riang. janganlah terlalu sensitif. tua-tua tak elok sensitif. nanti makin tua. lagaknya macam ku pujuk baby. tapi hakikatnya bibir ku memujuk diri sendiri yang makin degil.
last-last aku pinjam bahu Nad dan ku peluknya sambil aku menggenggam jari jemari ku dengan kuat menahan geram. aku menangis menghilangkan geram semahunya. dan akhirnya, mata ku puas juga. dan air mata tetibe kering.
ku sambung kerja ku.
dan sesampai di hadapan Block 21, aku menangis sekali lagi. kenapa? kaki ku tersepit di celah kerusi. aduhai. sakit tuuuu, memang sakit. best, lazat berkrim pun ada.. esok aku pasti, ia akan lebam. tapi ku tahan tangis ku. tak elok menangis sakan sangat. nanti aku tidak lagi kelihatan cantik di mata ku sendiri. haha.
2x tu aku menangis.
1. sebab geram..
2. sebab sakit.
hmm.. tapi mungkin apa yang terjadi adalah salah ku. aku mohon maaf jika itu salah aku. hehe. pandai plak aku nak mintak maaf lepas buat salah. =p tapi kalau tu bukan salah aku pun aku dah maafkan orang. tak baik marah+geram lama-lama. aku kan awet muda. hihi
hmm.. orang tua macam aku ni memang macam ni eh? aku tak de pengalaman jadi tua laa.. so aku tak tahu macam mana rasanya jadi orang tua. haha. dan sekarang ku rasa, aku makin tua makin sensitif. lepas ni, kena kurangkan sensitif ni.. huhu. sian kengkawan aku nanti. aku takut aku asyik nak geram dan tarik muka je. haha. tapi tak kan boleh lama-lama nye. sebab lenguh laa buat muka masam. huhu.. ingat senang ke nak buat muka masam. susah weyh..
aduhai. ku tertanya diri ku semasa aku mandi tadi. adakah ini tandanya aku makin tua? makin tua, makin sensitif. teruklah macam ni.
ku perlu muhasabah diri. kerana sensitif hanya sikap kanak-kanak kecil.
hmm.. tapi kekadang sensitif, merajuk, geram tu yang membuatkan aku comel. hahaha. siapa setuju aku perasan? angkat kening.. lalaalala~ sambil menari-nari riang ~
Dugaan.
6 years ago