RSS

apa salah ku..

aku adalah seorang makhluk Allah yang serba hina. aku tidak lah semulia sesiapa yang mulia. tapi aku juga punya hati dan perasaan seperti manusia yang mulia.. aku bukan sorang yang sempurna. setiap apa yang aku lakukan, pasti ada silapnya. pasti ade salahnya. kerana aku hanya manusia yang serba kekurangan.

kalau aku salah, aku silakan semua yang rasa nak makan, terkam, marah aku, jumpa laa aku. aku persilakan. aku memang seorang yang garang, tapi jika ada sesiapa yang nak berbincang ngan aku, aku tak kan makan or marah orang tu.

aku sebenarnya cuba mengurangkan marah aku. seminima yang mungkin. mungkin aku akan turunkan marah aku hingga ke tahap -0.0001 darjah. siapa yang tahu. itu mungkin. dan tidak mustahil.

sesiapa yang tak puas hati ngan sikap aku, tegurlah aku. kerana aku tidak nampak apa salah ku. kekadang aku hanya tahu katakan, Ya, aku mahu, pada diri ku. tapi aku tak tahu, itu adalah salah. sebab hanya aku yang membuat keputusan ku sendiri. tidak ada bantuan sesiapa sekali pun.

tapi aku sering tertanya-tanya diri sendiri. apa salah ku? apa silap ku? adakah aku ni orang yang jahat? adakah sikap buruk ku selalu menyebabkan orang sakit hati? adakah aku sering menyakiti hati kalian dengan kata-kata kasar ku.

setahu aku, dan seingat aku, aku ke sini penuh dengan senyuman. dan aku berusaha yang terbaik untuk tersenyum. dan tidak menyakiti hati sesiapa. dan aku jugak telah mencuba untuk tidak menjaga tepi kain sesiapa sekali pun. begitu juga aku berusaha untuk tidak menyakiti sesiapa pun. aku berusaha sehabis daya ku. aku tidak bergosip. aku sentiasa bersangka baik. kekadang aku sendiri merasakan diri ini sangat naif.. sangat bodoh kerana sentiasa bersangka baik, padahal orang sekeliling ku selalu memperlekehkan aku. tapi aku tetap senyum. walaupun aku tahu, mereka kekadang menyakiti kan aku.

tapi aku tetap mencuba untuk tidak menyakiti hati sesiapa. walaupun kekadang aku tidak sedar dan tidak sengaja melakukannya.

contohnya, aku telah mengambil barang Asma. tanpa ku sedar, aku tidak memulangkannya di tempat asal dan sebagaimana yang aku ambil. aku memohon maaf pada Asma. dan aku berjanji dalam hati, aku tak kan melakukannya lagi. itu janji hati ku pada Asma. bukan janji bibir ku. aku tidak lafazkannya. tapi aku harap, Asma tahu. aku sangat bersalah padanya. aku sangat terharu kerana dia telah jujur mengatakan geram dan marahnya pada aku. dan aku telah memohon maaf. dan sekali lagi ku pohon maaf.. Maaf kan aku, Asma..

pada sesiapa yang aku pernah buat salah, yang aku tak perasan dan kesalahan itu tanpa sedar aku lakukan, aku pohon maaf. dan jika ada sesiapa yang tak puas hati lagi ngan aku, boleh ke bilik aku or menelefon aku di talian yang sepatutnya.

aku bukanlah seorang pendendam. aku tidak akan simpan di dalam hati. aku hanya manusia biasa. yang hanya tahu buat salah je. dan manusia yang cuba untuk memperbaiki kesalahan yang ada..

tapi..

tatkala kamu mencari salah orang, renungkanlah salah sendiri. tatkala kamu nampak kuman di seberang jalan, tengoklah gajah di depan mata. kerana setiap perbuatan yang kamu lakukan akan mendapat balasan dari Allah jika ada sesiapa yang terguris hatinya.

aku tahu, setiap perbuatan pasti ada balasannya. sebab tu aku selalu bersangka baik. dan aku harap, aku boleh menganggap semua orang baik. walaupun dia selalu sakitkan hati aku. dan dalam hati aku ni, Allah aje yang tahu apa yang aku rasa.

dan aku selalu memohon, moga Allah memberi balasan yang setimpal dengan apa yang aku lakukan dan dengan apa yang kamu lakukan. jika baik kerja yang kamu lakukan. maka baiklah balasan kamu. jika keje yang kamu lakukan sedikit terpesong, dan menyakiti hati sesiapa, segera lah kamu memohon ampun dan kemaafan.

dan di sini aku memohon kemaafan kepada semua.. sama ada salah itu aku sengaja kan atau pun tidak.

halalkan semua yang terjadi. dan kalau tak puas hati lagi, sila lah jumpa aku atau hantar email supaya aku boleh jumpa dengan sesiapa yang aku dah buat salah. =)

best of luck untuk semua yang exam esok.. jawab elok-elok.. =D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS