RSS

audition dah habis..

hari ni, hari ketiga aku kat sini.. penat.. tak payah laa aku bercerita.. tapi aku terpaksa tahan. sebab itu tugasan dan tanggungjawab aku. so nak ke tak nak, aku kena laa tahan sampai laa program ni habis.

hmm, seronok ke outstation? hahaha.. ade jugak orang tanya soalan macam tu kat aku.. setakat ni, not bad. oklaa.. tapi penat laa sikit. sampai terus setting tempat. pastu siapkan apa yang patut disiapkan. kasik semua settle, baru boleh berehat..

9/4/2010 - jam 7 petang..
semua tempat dah settle. dah ok. dan kitorang boleh balik rehat kat Naza Talyya Hotel. penat. kan best kalau aku dapat urutan yang dapat menyegarkan aku.. hehehe.

10/4/2010 - jam 9 pagi.
call time jam 9 pagi. tapi aku ngan nad turun pukul 9.30 pagi. haha. nad dah jadi bidadari sekarang. dah pandai melawa. hehe. tapi tak pe. asalkan dia ok dan rasa happy. yang penting, dia nampak cantik.. anak dara sudah.. hehe..

11/4/2010 - jam 10 pagi..
kami sampai ke Pusat Islam Iskandar. seperti biasa, semua mata memandang. mana tak nya, 4 writter semua serba puteh. ni kerja apa ni? nurse ke? ke ade orang sakit? hehehe.. itu yang aku fikir.. yang orang lain fikir aku tak tahu.

hmm.. agak leceh bila dari hujung kali ke hujung kepala aku kena berpakaian serba puteh.. tapi puteh itu kan suci dan bersih. kata bos aku. =) dan ade yang memuji, ni siapa yang pakai serba puteh ni.. jawab bos, semua writter. bagusnya.. seragam je..

pujian.. aku terima ngan hati yang terbuka. haha. pantang di puji !!

hmm.. bercerita pasal peserta plak.. peserta yang datang, sangat ramai. sambutan sangat menggalakkan. aku pun tak sangka, sambutan di Johor macam ni. seronok dengar diorang diuji. hehe..

tapi kalau aku ade kat tempat dorang, boleh ke aku diuji macam tu? aku vote untuk fail pada diri sendiri. haha. sebab, aku tak dapat bayangkan, baca depan juri, dengan semua mata tertumpu pada kita dan kita berada di hadapan camera.

tahniah untuk semua yang mencuba dan pada yang tak berjaya, cubalah lagi pada tahun hadapan. dan kalau kamu ade rezeki, dapat jumpa aku di tahun depan.. haha..

esok, pagi bertolak balik. malam ni, malam untuk berehat. hmm.. aku nak mimpi indah-indah. sebab dah 2 malam aku tak dapat nak tidur..

sebelum tu, aku upload sekeping photo atas permintaan puan hajar yang cute.. hehehe..


ni photo yang di ambil oleh bos aku.. aku suka kannya.. kat sana tak sempat pun nak bergambar.. busy bekerja je.. huhu.. frust !!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS