aku terbaca..
"aku Lupakan Kisah Lama Dan Mulakan Hidup Baru.... aku Mulakan dengan Senyuman... aku Percaya kebahagian Itu pasti akan tiba juga akhirnya..."
hmm.. cinta... bahagia.. air mata.. duka..
dah sinonim ngan manusia. ngan sesiapa saja. kata Farha tadi, cinta itu bukan di paksa. cinta itu untuk bahagia. bukan untuk derita. bukan untuk di tahan-tahan kewujudannya.
aku setuju dengan kata-katanya. aku sangat bersetuju. tapi kekadang kalau kita cintakan seseorang, kita sayangkan seseorang, kita terpaksa bertahan. mungkin kerana menyayanginya kita turutkan rasa. tapi kekadang, sayang dan cinta itu menyebabkan kita bertahan dari segala badai yang melanda. membuatkan kita tegar dan kuat untuk menghadapi dan menjalani semua situasi yang ada.
kata dr.Tuah, cinta agong lahir dari 1001 kesusahan. benarkah?
Farha jugak ade kata, cinta yang sebenarnya lahir selepas kita kahwin. kalau kita dah kahwin, lalu kita rasa cinta kita pudar untuk si dia, macam mana plak? aku tak de jawapannya.
cinta itu abstrack. tak dapat dilihat. tak dapat di nilai. tak dapat dibayangkan. bila kita menyintai, kita kekadang buta untuk menilai. buta untuk melihat. buta pada segalanya. lagi-lagi bila kita cintakan seseorang tu dah menjangkau 800%.. nasib tak genap lagi 1000%
sebenarnya, mak kata, kita akan menyintai seseorang bila kita dah matang. bila kita dah tahu erti sebenar sebuah kehidupan. mak jugak kata, bila jatuh cinta, kita kena fikir adakah kita sudah tekad untuk memilihnya. atau kita sekadar hanya suka-suka. sebab cinta dan kasih sayang bukan sesuatu perkara yang boleh di ambil remeh. dan boleh di bawak main-main.
pesan mak banyak. cuma aku je yang tak tahu menilai. tak tahu nak dengar.
kata dr.Tuah, kebahagiaan itu umpama langit tak berawan. tapi kata aku, kebahagiaan memang umpama langit tak berawan, luas terbentang.. tapi untuk mengecap kebahagiaan tu bukan senang. tapi kalau nak rasa derita pun susah jugak. sama susah sama senang. so semua keputusan kat tangan kita sendiri. kehidupan kita, kita yang tentukannya.
Farha kata, hidup ini adalah untuk memilih.
macam mana kalau kita tak nak pilih? macam mana kalau kita tak nak fikirkan tentang pilihan? kalau tak de pilihan kan senang. tak yah memilih. susahnya untuk memilih, lebih susah dari nak jawab exam. jawab exam pun tak susah macam nak memilih.
aku kata, sebenarnya, hidup ini tak susah pun. yang menyusahkannya adalah kita sendiri.
jadi, apa kata kalau kita senangkan hidup kita. jangan susahkannya. dan take it easy biar pun susah yang kita rasa. melangkah dengan penuh senyuman. dan kalau kita boleh senangkan hidup kita, kenapa perlu kita susah-susahkan diri kita sendiri? kenapa kita perlu bertahan dari semua kesusahan yang datang melanda ni?
mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya. tapi pada zahirnya dapat ke kita lihat pada hikmah yang ada? dapatkah kita nilai sebuah hikmah yang Allah tentukan untuk kita? kita kekadang bodoh dalam menilai erti kehidupan. erti kebahagian.
kekadang kebahagiaan yang kita mahu, ade di depan mata. tapi kita tak sedar. kita tak tahu. kekadang kita tutup mata kita, kita pejam mata kita. kita tak mahu berganjak. kita ingin tetap di situ. tapi kekadang kita kena tahu, melangkah selangkah tak bererti kita menjauhi. atau menukarnya. tapi bererti kita maju ke depan untuk melihat dan mencuba sesuatu yang baru.
aku ingin sekali hidup bebas dari semuanya. macam kain puteh. tapi umur ku yang makin meningkat, menyebabkan tanggungjawab ku makin banyak. dan membuatkan aku terfikir sekali lagi, adakah aku sanggup dan bersedia untuk mengambil tanggungjawab seperti Farha?
bersediakah aku?
jawapan aku sekarang, TAK. aku katakan tak nak. mungkin ada 1 keajaiban akan muncul, mengubah keputusan aku dari tak kepada ya. dan mungkin keputusan ini akan menyeronokkan adik-adik ku yang sedia mahu kan keputusan TAK terkeluar dari bibir ku.
aku memang tak sedia. tak mahu. tak nak. ntahlah. aku pun tak tahu.
hidup ini perlukan 1001 kekuatan untuk berdepan dengannya. kalau aku tak kuat, aku akan mati. kalau aku kuat, aku akan kekal berada di nahkoda ku. persoalannya, berjayakah pengemudinya melalui detik-detik kecemasan yang ada. saat-saat perit memusingkan kapal ke air tenang hingga mendarat dengan baik.
bersediakah aku dengan laut yang akan mengganas, yang tak ku tahu bila saatnya.
dan buat Farha, aku akan fikirkan saranannya. terima kasih kerana sudi berlayar di lautan yang luas bersama aku. =)
Dugaan.
6 years ago