2nd paper ialah KPBA.. kaedah pengajaran bahasa arab. menulis dan membaca. killer jugak subjek ni. dah laa aku ni agak malu sedikit dalam subjek BA. kalau nak dibandingkan dengan orang lain, aku ni tergolong di golongan yang bawahan agaknya. huhu
thanks to Muhidin, sebab sudi menjadi guru aku. sudi melayan segala soalan aku yang pelik-pelik tentang KPBA. sudi meluangkan masa untuk aku untuk menerangkan secara terperinci tentang KPBA kepada ku.
dan aku jugak bernasib baik, kerana membacanya terlebih dahulu sebelum bertemu dengan guru yang telah aku tauliahkan ini. hehe.
esok, aku harap, aku dapat menjawab dengan baik. aku berdoa, Allah akan permudahkan segala urusan ku.
dan kepada Asma dan Qilah, jikalau aku salah dalam mengajar kamu, aku harap kamu berdua boleh betulkan aku dan diri sendiri. harapan aku jugak, aku harap kamu berdua boleh jawab dengan baik di dalam dewan exam esok. best of luck untuk kamu berdua.
pada Nad, aku tunggu dia petang sampai malam kat library. ingat kan dia nak muncul. tapi tak muncul-muncul. pada mula nya aku juga agak bimbangkannya. tapi aku tahu, dia ada guru yang lebih hebat. dan kalau tak de, dia akan mencarinya. so best of luck untuk kamu juga.
aku juga bimbangkan diri sendiri. aku ni, bukanlah dikategori kan dalam orang pandai-pandai. tapi mak cakap, sebenarnya aku malas nak baca buku sampai habis. haha. betul kata mak. tapi kali ni lain sikit perangai aku. aku ready awal-awal. dan aku jugak terkejut, kenapa aku sangat bersemangat untuk membaca buku.
may be sebab aku teringat harapan mak. dan aku teringin untuk mencuba yang terbaik untuk exam kali ni. tapi, ntahla.. aku tak dapat komen untuk diri sendiri. sebab sekarang aku rasa, aku belum lagi buat dengan baik. haha. terbelit-belit macam ular dah.
aku wish, semoga hasrat mak tercapai. dan untuk mencapai hasrat mak, semua nya ada kat tangan aku. aku harap aku boleh membangga kan mak. tapi aku belum pasti, sama ada aku rajin or malas dalam hal ini.
aku harap, kerajinan selalu menyebelahi aku.
selamat menjawab KPBA esok ye kengkawan. best of luck untuk semua =)
Dugaan.
6 years ago