RSS

cuti diluluskan..

ku mulakan hari dengan senyuman. semoga hari yang bakal ku tempuhi hari ni akan menjadi sebuah pelangi nan indah buat aku. semoga Allah akan merahmati setiap langkah ku hari ini.

hari ni, first paper. haha. penilaian dalam pendidikan al-Quran. masuk exam, buat soalan exam. tak tahu laa macam mana nak menjawabnya..

orang lain dah habis. aku baru je nak mulakan paper aku. Farha dah habis exam. dah boleh bersenang lenang. dan hari ni, dia dah pun bertolak balik ke Terengganu untuk sem break. en.Peguam plak, hari ni last paper. kul 8.30 am. aku doakan dia dapat jawab dengan baik paper kaedah-kaedah Fiqh tu.. dan aku harap dia dapat skor dengan tinggi. =)

pada Farha, selamat bercuti dan menghabiskan cuti ngan baik. =D kalau aku sempat masa, dan ade duit lebih, aku terbang laa ke sana. jemput aku tau.. hehehe..

semalam aku dah mintak cuti ngan bos. sukacita dimaklumkan aku dapat cuti. tapi sekejap jelaa.. dari 6hb mei sampai 9mei. 10mei dah kena masuk office balik. banyak keje yang perlu di settlekan tentang IM. hmm.. susah jugak kalau hidup bekerjaya ni. haha. tapi aku dah pilih. so itu dah jadi tanggungjawab aku laa..

tapi whatever pun, thanks to en.Najib kerana meluluskan cuti untuk aku. dan berpesan, kalau rindu mak, aku mesti bawak gambar mak. aku ok kan dan kata, aku mahu letak semua gambar family dalam purse. senang sikit. haha.

manje!

tapi itu hakikatnya. aku ni bukan boleh harap sangat. homesick. lalala~ sebab tu aku tak pilih untuk ke UK or Mesir or Yaman or Syria dulu. kalau aku pilih, menangis tak sudah aku kat sana. nasib pilih untuk berada di Malaysia. ni pun aku dah nangis bila rindu kat mak.. adeh..

thanks jugak pada makcik, kerana meminjamkan pehanya untuk ku baring dan menangis tatkala aku rindu sangat kat mak. hehe. lega gak hati sikit. tapi rindu tu masih jugak bersisa. walaupun bersisa, tapi aku masih lagi rindu. nak saje aku balik ke rumah. andainya aku ade sayap... =)

makcik gelakkan aku. makcik cakap, aku dah tua-tua pun masih rindukan mak. masih menangis nak mak. haha. aku tak tahu la.. tapi yang paling aku tahu, aku sangat mahu memeluk mak sekarang. terkadang malu dengan diri sendiri. sebab dah besar panjang pun masih mintak mak. lalala~ malu tapi mahu. haha

tapi aku seronok. sebab nanti dapat jugak aku balik rumah. masa yang berharga mesti digunakan dengan baik. sebab lepas ni, en.Najib cakap dah tak de cuti dah. sebab IM shootnya direct. so terpaksalaa aku terima. =)

aku nak sambung membaca macam mana nak buat soalan exam ni. masuk exam buat soalan exam. pecah jugak otak aku nanti. aku harap aku dapat buat ngan baik. dan dapat skor ngan baik macam mak harapkan. harapan mak tinggi tu, dekan ngan 3.7 weyh.. ntah dapat, ntah tidak. tapi aku akan berusaha sedaya yang boleh.

rindu dan sayang mak.. =)

good luck untuk semua kawan-kawan.. semoga Allah rahmati setiap langkah perjalanan kamu ke dewan exam.. ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS