RSS

ingin ku luahkan.. tapi lidah ku kelu..

"rindu mak ke?"
diam..
"rindu mak ea?"
diam lagi..
"rindu kat mak ea?"
masih diam dan menunduk. terus menangis. sensitif. soalan dah bocor mahu tanya lagi. marah aku dalam hati. tapi ku tunduk. tidak bersuara. bahkan terus menangis. umpama baby. terisak-isak.

aku sangat rindukan kampung. mak. ayah. adik-adik. aku pun tak tahu, kenapa soalan itu terlalu sensitif pada ku semalam. may be sebab jawapannya adalah YA.. aku sangat rindukan mak.

kekadang aku ni.. macam budak-budak pun ade. rindu mak pun nak nangis. rindu mak pun nak sedih. aku teringin sekali nak bagitahu mak, yang aku sangat rindukan mak. tapi aku tak dapat nak luahkannya. setiap kali aku try untuk memberitahu hakikatnya, aku pasti kelu lidah. aku tak dapat nak luahkan apa yang terbuku kat hati aku.

aku teringin sekali nak bagitahu mak, yang aku sayang dan rindukan mak. tapi setiap kali aku cuba, pasti aku berhenti. aku tak dapat nak luahkannya. aku tak dapat. aku tak pandai. aku tak boleh. lidah ku kelu.

aku bukan seorang wanita yang pandai berkata-kata. aku juga bukan seorang anak yang baik dan pandai mengambil hati mak ayah. tapi jauh di sudut hati aku.. aku sayangkan dorang. aku rindukan dorang. aku tak nak buat dorang sakit hati lagi. tapi aku tak dapat nak luahkannya. aku tak dapat nak cakap kat dorang isi hati aku..

masalah ku. aku tanggung sendiri. tidak ku kongsi dengan dorang. tapi jauh disudut hati aku, aku teringin sekali berkongsi suka dan duka dalam hidup aku. tapi aku tak pandai. aku tak pandai meluahkan rasa.

tapi bila aku marah, aku pandai plak luahkan marah. haha. pelik. tapi itulah kebenarannya.

kan best kalau mak.. ayah boleh baca blog aku. baca apa yang aku rasa. hihi.. berangan!

tapi yang aku pelik, kenapa terasa macam ditusuk-tusuk sembilu bila aku rindukan mak aku kali ni.. huhu.. adakah itu tanda, mak juga merindui aku?

indahnya.. andai itulah kebenarannya. teringin sekali bertanya pada mak, adakah mak juga merindui aku. tapi aku malu. malu tapi mahu. huhu..

susahnya bila orang tak pandai bercakap cuba untuk luahkan apa yang terbuku kat hati dia.. hmm.. meluahkan lebih susah dari menulis apa yang kita rasa. kerana itu, segalanya hanya berada di hati aku. tidak terluah dengan kata-kata..

hmm.. belajar lah meluahkan. kerana kekadang ia penting. itu pesan ustaz aku dulu. tapi aku tetap juga tak dapat nak luahkan semua yang ade... ntahlaa..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS