RSS

Selesai sudah, audition UP di Sg Petani.

Selesai. Done!

Bangga dengan diri sendiri. Dapat jugak aku siapkan semuanya ngan jaya. Penat tak usah nak katalah. Tahap dewa penatnya. Tapi, tak pelah. Dah namanya pun kerja. Memanglah penat. Senyum.

Sesiapa yang di Terengganu, cubalah.
Tapi kamu tak kan bertemu aku di peringkat akhir. Kerana minggu depan aku cuti. Hoooreeeyyy.. Sambil senyum sumbing. Haha. Aku harap en. Hati pengarang jantung juga cuti. Rindu padanya sudah meluap-luap. Susahnya jika berjauhan. Fuuuhhh...

Jam 12 pm kena check out dari Swiss Inn hotel.
Tapi macam nak terbang sekarang je. Haha. Boleh? Kalau boleh, tak de susah-susah aku tinggal berjauhan dengan en. Hati. Kan?

Dapat menarik nafas lega sebab semuanya dah selesai kat sini.
Audition kali ke-3 di Johor aku ade. So datanglah beramai-ramai ke Johor jika mahu jumpa aku. Haha. (Perasan! Tak de orang lah nak jumpa kamu! haha.)

Mahu lena sebentar.
Mungkin boleh buat ubat mabuk di atas bas nanti. Haha. Macamlah aku pernah mabuk. Adeh! Apa yang aku merapu ni. Mata dah mengantuk memang macam ni. Hati plak duk merindu, lagilah tak tahu apa yang ditulis.

Selamat malam. Haha.






kata hati ;
"Sayang, kamulah satu-satu lelaki yang membuatkan aku tidak dapat bertahan dengan lama jika tidak ku lihat wajah mu. Oh! Seksanya jiwa tanpa kamu. Aku rindu kamu, sayang."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: