Minggu ni, jantung aku tidak berhenti bergerak dengan laju.
Kalau minggu-minggu sudah, aku seolah-olah releks. Macam bukan praktikal pun ada. Ketawa kuat-kuat. Tapi minggu ni, Dr. Wan Zailan selaku lecturer, mahu observe aku kat Sekolah Agama Menengah Hulu Langat..
Wah!
Rasa jantung tidak bergerak sebentar bila menerima panggilan telefon darinya. Ketawa. tapi jawapan aku tetap cool. "Ustaz nak datang ke? Boleh. Kami berdua memang menunggu Ustaz pun ni.." Wah! Jawapan berani mati tuuu.. Boleh tak lain kali jangan bagi jawapan gitu. Marah aku kepada diri sendiri. Haha.
Tak boleh! Ceh! Berlagak!
Bila selesai lecturer observe, sebenarnya bukan ada apa-apa pun. Aku sahaja je menggempakkan hati sendiri. Haha. Giler!
Minggu depan, sekali lagi lecturer akan datang. Ya Allah. Berilah aku rezeki yang baik. Amin.
Habis je di observe oleh lecturer, bergegas ke Astro untuk meeting bersama Miss Producer kesayangan semua orang. Terkejar sana sini. Sangat penat.. Tapi tak pelah. Itulah rutin yang aku pilih. Jadi aku harus menerimanya dengan rela. Senyum.
1 lagi perkara yang mengejutkan.
En. Najib sakit. Jatuh laut. Sudah membuatkan jantung aku hampir luruh. dan jantung aku benar-benar luruh sebab Miss Producer suruh aku gantikan tempat en. Najib. Wah! Habis program aku stack. Geram betul.
Mintak maaf en. Hati. Huhu.
Aku tak sengaja. Aku bukan sengaja nak cancle janji kita. Tapi aku terpaksa. Aku sangat sayangkan kamu. Tak kan aku buat kamu gelisah, sayang. Aku harap kamu dapat bertahan sampai ke bulan 12 ni.. Ye sayang... Aku tahu, kamu suami yang sangat memahami. (Walaupun kekadang kamu tak cakap kamu terasa, tapi aku tahu itu. Comey je kamu ni..) Senyum.
Sakit jantung aku bila program yang aku impikan semuanya tidak berjalan dengan baik. Nasiblah en. Hati majuk-majuk manje je hari tu.. Hehe.
hati berkata ;
"En. Hati, suami tersayang. Jangan kamu marah. Nanti, aku qada' semua yang aku janjikan. Ok kan macam tu sayang?"
0 comments:
Post a Comment