Menunggu.
Adalah satu perkara yang sangat memenatkan. Sangat menyeksakan hati dan badan. Tapi apa boleh buat selain menunggu + menunggu + menunggu.
Sebulan selepas berkahwin.
Ni baru 1st time suami nak balik rumah kediaman kami. Semua perasaan macam tak tahu nak describe macam mana. Excited. Teruja. Tak sabar. Takut. Gembira. Happy. Bimbang. Macam-macam ada. Haha. Yang penting, Senyuman di bibir aku, tak lekang. Wah! Itu tandanya aku memang gembira. Senyum malu-malu. Sambil berangan, apa yang aku nak buat bila suami balik. Ketawa sopan.
Hidup bersuami.
Aku tidak menafikan pada permulaan perkahwinan banyak perkara yang aku tak biasa alami. Itu lumrah bagi aku. Sebab aku bukanlah orang biasa seperti orang lain. Aku ni pelik dan tidak sama seperti orang. Mungkin itu menyebabkan kami kerap bergaduh. Senyum. Tapi sekarang, aku dah mula rasa, aku bukan lagi hidup berseorangan. Aku kini hidup berdua. Hidup bersuami.
Baru aku tahu, aku ni jenis yang bukan mudah menerima satu-satu perubahan. Aku perlu belajar dari semasa ke semasa. Kelakar pun ada dengan perangai sendiri. Ketawa.
Aku sedang menanti kepulangan suami.
Sudah 2 minggu aku berada di rumah berseorangan. Cepatlah masa berlalu. Ketawa gatal.
Coretan Pinky ;
"Oh suami ku. Cepatlah pulang. Senyum."
1 comments:
Thought I would comment and say neat theme, did you make it for yourself? It's really awesome!
Post a Comment