Masuk mengajar, ngan perasaan malas.
Mungkin minggu ni adalah minggu terakhir. Ketawa. Cikgu mana boleh malas-malas. Oppsss.. Ustazah... Ish3.
Minggu ni minggu yang sangat penat.
Aku tak tahu kenapa dan mengapa aku penat. Mungkin kerana banyak perkara yang harus aku fikirkan atau banyak benda yang harus aku selesaikan. Sendirian. Senyum.
Masuk Kelas 2 Abu Daud. Subjek ; Bahasa Arab.
Aku tidak menafikan bahawa subjek Bahasa Arab agak mencabar kewibawaan aku sebagai seorang Ustazah. Aku juga tidak menafikan bahawa aku bukanlah golongan yang pandai dalam bahasa arab walaupun sudah 10 tahun aku mempelajarinya. Mungkin aku kuat main-main semasa subjek bahasa arab diajar kepada ku dulu. Pelajar nakal laa katakan.
Sama macam sekarang. Masih nakal. Ketawa. Tapi versi seorang guru. ;)
Mungkin sebab itu juga lah aku langsung tidak memarahi pelajar ku bila mereka nakal dan main-main. Senyum. Atau sebab aku baik hati? (Boleh jangan perasan tak Pinky? Haha.)
Situasi ; ingin gelak sampai pecah perut.
Aku : "Ok Aliff. Kenapa kamu pilih jawapan ni?"
Aliff : "Ustazah... Saya tembak guna senapang jela Ustazah. Nasib baik mengena. Kalau tak kena, nasiblah."
Aku : "Adeh! Boleh plak macam tu?" (Dalam hati jela)
Ade saja jawapan yang mencuit hati aku. Berani dan jujur plak tu jawapannya. Tak tersangka langsung. Senyum.
Aku suka mengajar. Walaupun kekadang ia sangat memenatkan aku. Dan aku sangat berpuas hati jika apa yang aku ajar di fahami oleh pelajar-pelajar ku. Indahnya perasaan tu. Senyum.
Aliff, ayat kamu akan ustazah ingat sampai bila-bila. Haha.
coretan Pinky ;
"Teringat zaman sekolah menengah yang "sedikit" nakal dulu. Ingin ketawa kuat-kuat."
0 comments:
Post a Comment