RSS

Lecturer pelawat. Nak datang ke?

Hari ni, sekali lagi lecturer datang melihat sesi pengajaran ku.

Sekali lagi jari jemari aku sejuk dan beku. Nak pengsan. Pening kepala. Pening perut. Semua penyakit timbul. Tapi alhamdulillah, aku dapat buat yang terbaik. Dan hanya itu yang aku mampu.

Kadang-kadang, aku tidak mahu bertungkus lumus membuatnya dengan baik. Ketawa.
Ada ke orang macam aku? Ada. Aku lah. Aku bukan tidak mahukan yang terbaik. Kadang-kadang terlebih cemerlang, menyusahkan hidup aku akhirnya. Lainlah kalau ia tidak menyusahkan hidup aku, mungkin aku buat yang terbaik.
Boleh? Haha.

Semalam.
Pejabat. dalam erti kata khusus, Kak Reen call Nad. Katanya lecturer pelawat mahu membuat lawatan pembelajaran sekali lagi untuk Nad.
Tahniah kepada Nad.
Itu tandanya dia telah mendapat yang cemerlang dalam pengajarannya.
Aku? Haha.
Aku hanya buat ala kadar apabila lecturer a.k.a Ustaz Wan Zailan datang. Aku malas mahu menjadi cemerlang. Ia akan menyusahkan aku akhirnya. Senyum.

Dan sekarang, tempiasnya mengena aku. Aduhai. Nasib aku sudah membuat persiapan untuk minggu ini dengan baik. Tapi masa ada 1 minggu lagi untuk dihabiskan. Wah! Rasa teruja untuk menghabiskan praktikal ni. Tak sabarnya. Sambil menggenggam tangan dan memejamkan mata. Wahhhhh!

Minggu ni lecturer pelawat tidak datang. Adakah minggu dia akan datang? Oh! Tidak sabar ingin menghabiskan semua yang menyerabutkan minda. Hehe.

Oh! Lecturer pelawat, perlukah kamu datang menempiaskan segala kerisauan itu pada ku? Oh! Sangat malas. =(





hari yang suram ;
"Hujan pagi ni. Harap petangnya cerah. Banyak perkara yang aku kena selesaikan. hmmm..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: