RSS

Rindukan team IM dulu.

Meting yang dari hari Jumaat ditangguhkan.

Tangguh punya tangguh, sampai laa ke hari ini. Masih ditangguhkan lagi. Agaknya, bila mahu hadir meting yang tidak ditangguhkan plak. Ketawa.

Bekerja dengan producer yang sangat rigid.
Tapi semuanya masih dalam kawalan. Gelak. Mungkin sebab aku ni kaki ampu bila producer nak marah. Gelak kuat-kuat. Orang nak marah, mestilah kena puji lebih-lebih. Tak kan nak hot kan keadaan yang ada. Kan?

Dulu, 1 team 4 orang.
Sekarang, terpaksa berpecah. Sangat rindukan team Imam Muda yang dulu. Azhar & Deen. Nad & Aku. Sekarang, keadaannya tak sama. Tapi itulah hakikatnya yang harus aku terima. Senyum.
Tak pelah. Team dulu masih ada kat sini. (sambil menunjukkan tangan ke dada.) Senyum.

Keseronokan itu tidak ada mungkin kerana ;
  1. Tidak ada bos yang giler macam En. Najib.
  2. Tidak ada Muhidin yang menggemparkan suasana.
  3. Tidak ada Azhar yang sopan santun.
  4. Tidak ada Tijah yang membingitkan telinga pagi-pagi buta.
Yang tinggal hanya aku dan Nad. Mungkinkah mereka juga merasai apa yang aku rasa. Ketawa. Asal aku emo sangat hari ni? Haha.

Hmm.. Dah sampai masa buat kerja. Senyum sumbing. (Dalam otak, malasnya seorang aku.)




nota ;
"Kekadang perasaan rindu itu hadir dengan sendiri, bukan di pinta-pinta. Kan?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: