Ada seorang pelajar bertanya, "Ustazah ni suka berahsia yer?"
Aku tidak menjawab soalan itu. Mungkin aku tidak perlu menjawab pun soalannya. Aku senyum memanjang. Dan dia masih tidak puas hati. Aku ketawa.
Aku bukan jenis yang suka bercerita.
Jika aku rasa mahu bercerita, baru akan bercerita. Jika aku tidak mahu, aku hanya menyimpannya seorang diri. Bukankah itu adalah lebih baik daripada menjaja kelemahan dan masalah diri kepada orang lain?
Aku juga jenis yang tidak suka orang tahu tentang hidup aku.
Kalau dah tahu, buat-buat je tak tahu walaupun sebenarnya aku tahu ada orang tahu. Wah! Ayat terbelit-belit.
Kata ku, "Kamu sediakan banyak-banyak soalan untuk esok. Nanti saya akan jawab semua soalan yang kamu nak." Nampaknya itu membuatkan mereka gembira. Senyum.
Bersedialah diri. Esok hari terakhir aku di sini. Senyum.
Coretan Pinky ;
"Aku tidak sabar mahu menamatkan zaman ku yang penuh dengan kepeningan ini. Oh Allah. Tolonglah hamba mu. senyum supaya makin kuat. ;P"
1 comments:
amin ya rabb alamin....
Post a Comment