RSS

terpaksa dan di paksa. ketawa.


Selepas majlis sambut menantu, keesokkan harinya aku sudah berada di ILIM.
Oh! Sangat penat berkejar ke sana ke mari.
Mahu saja aku ponteng dan terus bersama suami tersayang.
Ketawa gatal.

Ramai yang bertanya. Tidak kurang juga yang mengucapkan tahniah.
Cuma kesian kat en. Hati yang setia menunggu ku.
Maafkan aku yer sayang.. Aku terpaksa meninggalkan kamu. Sebentar.
Senyum.

Kursus ini ku hadirkan diri dengan rasa berat hati dan terbeban.
Boleh ke macam tu?
Boleh laa kot.
Seminggu bertukar status, dan sekarang aku menghadirkan diri ke kursus.
Siapa pun yang berada di tempat aku, kemungkinan akan berat hati itu tinggi.
Kan?

Jika tidak kerana terpaksa memenuhi tuntutan Universiti, mahu sahaja aku ponteng.
Senyum.
Muka penat semasa LDK. Harap cepat dapat balik. Senyum.

Bila fikirkan balik, bagus jugak kursus sebegini diadakan.
Banyak juga input yang aku dapat.
Senyum dengan sebaris gigi hadapan..

Tidak mengapa.
Bersabar. Hanya 3 hari sahaja.
Senyum.





nota untuk en. Hati ;
"Terima kasih menghantar aku ke depan muka pintu dan bersedia menjemputku serta dengan setia menunggu diri ini menghabiskan kursus dengan penuh sabar. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: