Ada yang bertanya.
"Apakah yang aku rasa bila status bertukar?"
Jawapan ; "Ntah." sambil ketawa.
Dari sudut hati, aku tidak menafikan, aku sangat bahagia.
Bahagia itu indah.
Bahagia bila en. Hati dengan ringan mulut memanggil aku dengan panggilan isteri.
Wah.
Terasa sangat bahagia.
Dan aku tidak dapat menggambarkan rasa itu.
Senyum sendirian.
Buat masa sekarang,
Aku rasa sangat bahagia.
Rasa mahu senyum hingga ke telinga.
Rasa rindu memanjang.
Ketawa.
Tapi, hidup berjauhan itu yang menyebabkan semua rasa itu tertangguh.
Boleh ke tangguh-tangguh. Berdehem.
Boleh.
Sabar yer en. Hati. Banyak-banyak.
Buat en. Hati,
"Terima kasih kerana masih tegar berdiri di sisi ku, walaupun sekian lama kita berdua menempuh dugaan, menghadapi rintangan, menyelesaikan semua masalah yang ada dan akhirnya kita disatukan juga. Mungkin jodoh kita panjang.. Aku sangat bahagia bila berada di sisi kamu."
Ramai yang bertanya tentang gambar.
Oh!
Aku tidak dapat mempamerkan lagi gambar-gambar yang ada.
Aku memohon maaf.
Tunggulah sebentar. Nanti aku pamerkan en. Hati yang handsome di mata ku itu.
Sabar-sabar yer semua.
Senyum sambil berpeluk tubuh.
nota hati ;
"Sebenarnya, aku tidak tahu di mana gambar-gambar yang banyak itu. Aku sedang memikirkan camera siapa yang digunakan ketika majlis itu berlangsung. Boleh macam tu? Ketawa."
0 comments:
Post a Comment