RSS

Selamat Hari Guru, walaupun dah sebulan berlalu.

Sambutan Hari Guru.
Walaupun sudah sebulan berlalu, dan aku kira sambutan ini agak terlambat dari biasa. Tapi tak kesah lah.
Bukankah tiap-tiap hari adalah hari guru?
Setuju?
Senyum.

Pengalaman pertama aku menyambut Hari Guru, adalah di Sek. Keb. Darau, Jerteh, Terengganu.
Aku sangat gembira. Hanya senyuman yang tidak lekang di bibir dapat menggambarkan bahawa aku sangat senang hati.
Aku tidak tahu kenapa.
Mungkin hati aku puas kerana ramai kalangan pelajar aku sangat menghargai aku.
Satu pengiktirafan yang sangat berharga buat aku.

Pengalaman pertama di buli.
Semua pelajar meminta guru bermain sukaneka. Contohnya, tiup tepung, belon air, bowling padang dan macam-macam lagi.
Pada hari ni, memang peluang pelajar mengenakan cikgu mereka.
Terutamanya pelajar sekolah rendah.

Hari ni, pengalaman pertama menyambut Hari Guru di sekolah menengah.
Best. Aku kira 8 daripada 10 markah ku berikan.
Senyum.

Hadiah.
Sah-sahlah aku tak dapat hadiah.
Kenapa?
Alkisahnya, aku baru start mengajar minggu ni. Pelajar pun ramai yang tidak ku kenal lagi. Biasanya guru-guru yang mendapat hadiah, adalah guru-guru yang sudah lama mengajar mereka.
Bukankah begitu?

Walaupun begitu, banyak jugak acara yang aku masuk.
Ketawa.
Seronok plak dapat bermain dengan girangnya.
Dah lama tidak merasai nikmat untuk menjadi remaja.
Ketawa kuat-kuat.

Mata diikat oleh pelajar sendiri sebab aku selalu aje kelentong mereka. Haha.


Permainan pertama.
Teka kacang warna apa.
Adeh.
Jawapan yang aku teka adalah salah.
Ketawa.

Permainan kedua. Pilih dan asingkan kacang dalam tepung.


Sekali lagi dibuli oleh pelajar lelaki. Kami dikehendaki membuat persembahan di atas pentas. Persembahaan apa nak buat ni... ahh.. Lantak lah. Apa nak jadi, jadilah. Ketawa kuat-kuat.


Sesi pembahagian hadiah. Cenderamata dari sekolah. Alhamdulillah. Rezeki. iaitu sepasang kain. Senyum.





Dalam hati ada ;
"Sangat-sangat gembira dan berseronok dengan susah payah pelajar membuat sambutan ini. Sangat kreatif dan tidak terjangka. Ketawa. Oh, pelajar-pelajar.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: