RSS

Oh rumah sewa ku!

Sesi mencari rumah, aku teruskan.

Ini menjadi minggu yang terakhir, mungkin. Kata aku dalam hati. Jika tidak, aku tidak lagi mahu meneruskannya. Sudah penat dan tidak larat untuk mencari.

Tipu jika aku katakan rumah sewa tidak ada. Ya! Tipu. Banyak rumahnya. Cuma hanya aku yang tidak berkenan dengan rumah dan tempat yang ada. Sengeh! Memilih rupanya aku ni. baru aku tahu.

Ini adalah kali pertama aku mendiami rumah sendiri.
Dari usia mencecah 12 tahun sehingga umur ku 27 tahun, aku hanya berada di asrama. 15 tahun lamanya aku menghabiskan usia muda ku di asrama. Aku sebenarnya selesa berada di asrama. Mungkin hidup aku lebih terurus jika berada di asrama.

Asrama.
Makan diuruskan. Bilik tidur disediakan.
Tempat study ada.
Kawan-kawan ramai.
Sampah tidak perlu buang.
Bilik air tidak perlu basuh.
Kerja aku, hanya belajar-belajar-belajar.
Ketawa.
Pemalas rupanya.

Tapi bila ada di rumah sewa, hidup aku terurus.
Ade satu perkara yang tidak aku uruskan dengan betul. Huhu.
Makan minum.
Bab makan dan minum, aku tersangatlah failed. Walaupun aku bukannya memasak sendiri. Makan kat kedai je. Itu pun aku malas. Memang betul lah kata mak, aku ni jenis yang malas nak makan. Ketawa. Nasib baik benda lain, rajin jugak... Kalau tak, haru jugak hidup. Kena belajar untuk rajin makan. Jangan asik malas je. Huhu.

Situasi sekarang.
Lapar. Tapi malas mahu turun. Alangkah baiknya, jika aku membayangkan sesuatu makanan yang sedap dan ia timbul dihadapan mata. Haha. (Ceh! Usahkan kamu berangan lebih-lebih!).

Mahu turun makan. Tunggu orang temankanlah. Hehe.






Hari ini ;
"Praktikal sudah hampir ke minggu akhir. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: