RSS

Kem Kepimpinan 3 hari 2 malam

Alhamdulillah.

Kem Kepimpinan 3 hari 2 malam berlaku dengan jayanya. Aku tidak pernah mengepalai mana-mana program sebelum ni. Mungkin tidak diberi kepercayaan atau pun tidak di beri kesempatan untuk ku mengepalai sesuatu program. Haha.
Ingin gelak kuat-kuat.
Aku tidak diberi kepercayaan atau aku sendiri yang tidak mahu?
Haha. Senyum.

Hidup yang kelam kabut, ditambah dengan jawapan yes yang diberikan menyebabkan aku bertambah kelam kabut. Ingin rasanya aku memarahi diri sendiri dek kerana jawapan "Yes" yang diberikan bila di tanya tempoh hari. Tapi di mana lagi pengalaman yang boleh ku kutip, jika hari ini aku menolaknya.

Wah! Terasa tiba-tiba aku menjadi seorang yang baik dan sangat positif.
Senyum. Bangga plak dengan diri sendiri.

Satu pengalaman yang tidak akan aku lupakan.
Aku ditugaskan untuk mencipta satu slot. Slot Muhasabah. Wah! Terasa sangat kerdil tika aku diberikan tugas begitu. Mungkin kerana diri ku dan sikap ku yang tidak pernah memuhasabah diri sendiri. (Ok! Aku tipu.)

Muhasabah.
Diri sendiri pun aku tidak termuhasabah. Inikan pula mahu muhasabah orang lain. Tapi atas dasar tanggungjawab, aku kuatkan hati jugak memikirkan apa yang perlu aku lakukan.
Gabungan 2 idea penulis muda yang berbakat macam aku & Nad, di gabungkan. (Haha. Ceh! Berlagak!). Bila digabungkan, aku sangat mengharapkan ia meletup.

Serius aku katakan, aku mencabar diri sendiri.
"1 program besar seperti Imam Muda aku boleh lakukan dengan jayanya, inikan pula hanya satu slot. Kalau tidak berjaya, mungkin aku tidak akan memaafkan diri sendiri." Senyum hambar. Dan penuh tekad dalam hati. (Ketika tu lah.)

Seperti yang aku rancangkan.
Semuanya berjalan lancar. Dan slot Muhasabah sangat menjadi. Meletup! Itu bukan komen aku. Tapi komen orang lain. Aku hanya tersenyum. Bangga dengan diri sendiri. Tapi tidak sampai ku tunjukkannya keluar. Haha. Dalam hati ; "Nasib menjadi! Kalau tidak, baik kau berhenti je menjadi seorang penulis. Buat malu diri sendiri je.."

Tapi, ade satu perkara yang amat menyedihkan aku.
Ade seorang pelajar yang sangat keras hati. Tidak menampakkan sedikit pun kesan takut dalam diri. Tidak menampakkan langsung erti keinsafan. Dia juga tidak bersalaman dengan semua fasi. Aku tidak menafikan, perjalanan hidup seseorang tidak sama. Mungkin dia melalui saat-saat yang paling sukar bersendirian menyebabkan hatinya begitu tegar. Mungkin juga, sesuatu yang berlaku menyebabkan dia membentengkan dirinya dengan hati yang keras. Mungkin juga dia takut terluka.
Siapa tahu, bukan?

Aku sangat bersyukur, kerana aku hidup dengan penuh kasih sayang Allah. Kasih sayang keluarga. Dan kini, kasih sayang dari suami yang tidak saling tumpahnya. Sangat bahagia. Senyum.

Sehari selepas kem.
Boleh tolong bagi resume tak?
(Wah! Mintak resume aku. Dalam hati.)





Komen yang hadir ;
"Kreatif slot ni. "Jawab dalam hati, Ya. Sebagai seorang guru dan juga penulis, aku tidak menafikan yang aku amat perlu berfikiran kreatif." Senyum dengan pujian yang di berikan."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: