Semalam.
Kami bergaduh lagi.
Hanya kerana perkara kecil.
Pelik.
Penat.
Diam. Sebagai pengakhir bicara.
Senyum hambar.
15minit berlalu.
Lepas tu, ok.
Masa 15 minit pun macam 15 tahun rasanya.
Keadaan sunyi sepi. Tiada kata yang terluah. Mencuka. Oh! Seksanya keadaan seperti ini.
Nasib ia cepat-cepat berlalu.
Selepas itu, ketawa.
Lumrah. Memang begitu.
Senyum.
Aku tidak suka bergaduh.
Tapi bergaduh menyebabkan kami makin serasi.. Makin memahami. Makin sayang menyayangi.
Kata orang, lumrah orang berkahwin memang akan bergaduh.
Aku senyum mengiakannya.
Ketawa.
Sekarang, terasa rindu bila berjauhan.
Mungkin sangat rindu.
Senyum sopan.
Hati yang berbicara ;
"Hidup bersuami memang berbeza dari sebelum ni. Aku masih tidak merasai keketaraan perubahan itu. tapi perubahan itu tetap ada. Pasti."
1 comments:
perubahan hidup jarang nampak pada diri sendiri...tapi bila melihat orang lain baru nampak hidup kita sebenarnya sudah banyak berubah...
Post a Comment