Bila dah jadi cikgu, mestilah kreatif.
Tak kiralah kreatif tu time bila. Asalkan krestif dan yang penting kreatif putar belit ayat ngan pelajar.
Ketawa.
Semalam, aku di minta oleh kak Syikin untuk menjadi hakim Tilawah al-Quran.
Wah!
Dulu jadi pelajar, tengok cikgu-cikgu yang menjadi hakim.
Sekarang jadi cikgu, aku plak yang jadi hakim.
Rasa nak ketawa pun ada.
Sebenarnya, aku bukanlah orang yang layak dalam menghakimi seseorang.
Tapi, bila aku dipinta untuk berbuat demikian, aku terima seadanya.
Mahu ketawa sekuat mungkin bila menerima surat perlantikan menjadi hakim.
Tapi aku hanya tersenyum.
Tidak sopan ustazah ketawa berdekah-dekah.
Gelak sopan, ayu-ayu.. Konon!
Wah.. Khusyuknya semua hakim...
Sedang mengira markah, siapakah Johan Tilawah pada kali ini. Ngeee...
tangan menari ;
"Terasa mahu gelak kuat-kuat selepas menjadi tok hakim yang tidak bertauliah ini. Tapi tak pelah. Sekurang-kurangnya, aku punya pengalaman menjadi seorang hakim. Ketawa."
0 comments:
Post a Comment