RSS

1st time Aqeef di clamp.

Salam pagi-pagi hari untuk semua.

Oleh kerana aku dah tidur dari lepas maghrib sehingga jam 11.30pm. Mata ku kini masih cerah. Aku baru je sampai kolej. Dari rumah Nad, menyiapkan RPH yang sudah lama kami plan untuk siapkannya. Hmmm, hari ni baru laa siap. haha.

Tahniah untuk kami berdua.

Jam menunjukkan pukul 2pagi.
Aku ngan Nad berlenggang ke arah Aqeef. Tapi mulut ku sudah becok bertanya itu ini pasal clamp. Aku berterus terang, aku tak de duit. Kalau kena clamp, mana aku nak cari duit. Dan masin mulut aku. Aqeef di clamp. Kesian Aqeef. Tapi kesian mama lagi. Mama tak de duit langsung nak tebus Aqeef.

Inilah kertas yang ditampal pada cermin pintu Aqeef. Habis double sided dia melekat pada cermin Aqeef. Mahu marah. Tapi, entahlah. Aku tidak marah. Mungkin ini adalah salah ku. Huhu.



Berbekalkan duit 20sen, aku beriringan ke pondok keselamatan.
AbangGuard yang hensem lagi manis, marah ber'round'-round dan bertubi-tubi menembak ku dengan peluru yang tidak punya kelongsongnya. Aku mampu diam. Tidak tahu mahu menjawab apa. Kerana sememangnya aku langsung tidak mampu untuk membayarnya dan ia memang salah ku.

Menceritakan cerita yang betul adalah lebih selamat.
Setelah memberitahu tentang keadaan diri yang memang pokai tahap dewa.. Air mata mengalir. Sedih. Sudah lama ku tahan mutiara jernih ini daripada keluar. Agar aku dapat menjadi wanita yang tabah. Tapi akhirnya aku tewas. aduhai.

Setelah lega, aku mendengar lagi se'round' ceramah free oleh Abang Guard di situ. Pasrah jela. Dah buat salah, memang macam ni. Huhu.

Alhamdulillah. Abang Guard di sana sangat baik. Ini adalah 1st warning dari mereka. Jika aku buat lagi, tiada maaf bagi mu. Seram jugak aku mendengarnya. Huhu.

Ayat yang membuat aku ketawa dalam menangis tadi.
"Adoiii, panggil aku abang. Terasa muda balik. Dahlah gigi depan takde. May be tak nak tumbuh-tumbuh lagi. Muda lagi rupanya aku ni..."

Aku panggil dia abang ke? Aku pun kurang pasti. Menggaru kepala yang tak gatal. Ketawa. dan senyum...






nota kaki ;
"Lain kali, mahu masuk rumah orang, mintak izin dulu dan cakap elok-elok. Jangan main serbu je. Inilah padahnya."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

hana devushka said...

kenapa? parking kat tempat salah ke?

piNky LuCiA said...

bukan.. parking tak de sticker.. hahaha

Henry Zackery said...

hehe.. lepas nie jgn buat da.. naseb bek x kena saman kan ?? :)

GEMPAR !! Justin Bieber Kena Belasah

piNky LuCiA said...

tulaa pasal.. lepas tu, masuk mesti jumpa guard dulu.. hahaha. guard sampai kenal muka aku ni.. ;)