RSS

kawal perasaan marah itu.

Kerja yang dilakukan sekarang.

Sedang mengedit sedikit lagi asigment Pendidikan Global yang aku pelajari dalam bahasa arab dengan jayanya ini hingga pening. Otak yang aku miliki sekarang senang tepu. Penuh. dan Full. Mungkin aku sudah tua dan semua screw jugak semakin lama semakin longgar.

Keadaan jiwa.
Kacau. Kucar kacir. dan tidak stabil. Maki hamun hanya berlegar di dalamnya. Sepatah pun tidak terkeluar. Aku terasa sangat ingin memarahi semua benda yang ada di sekeliling. Tapi menyalahkan benda yang ada di sekeliling bukanlah perkara yang terbaik.

Diam dan senyum. Mungkin boleh melegakan hati.
Perlukan seseorang untuk menangis dan mengeluarkan sisa-sisa kesakitan yang terpendam. Dan menjumpai mangsanya. Walaupun tak ku luahkan padanya situasi ku sekarang, dia tahu aku tidak stabil. =)

Aku : "Boleh aku ganggu kau 5 minit."
Kawan : "Boleeeeeeh."
Aku : "Aku ganggu?"
Kawan : "Taklah. Tak ganggu pun. Kenapa.?"
Aku : Diam.
Kawan : "Are u ok?"
Aku : Tidak menjawab soalan tu. Diam. Lantas manik jernih menuruni pipi.
Kawan : "???"
Aku : "Terima kasih. Aku dah lega."
Kawan : "Sama-sama kasih."
Dan kami sambung bergelak ketawa. Dia selalu buatkan aku tersenyum. Senang.

Sebenarnya, kenapa aku harus marah, sakit, tertekan dengan semua yang ada?
Hmm. Ubah mood sekarang supaya aku akan still awet muda. Ketawa sendirian. Pujuk hati sendiri adalah salah satu tugas yang diwajibkan oleh diri sendiri. Kenapa? Kerana aku tidak perlukan sesiapa pun untuk memujuk aku. Mungkin aku merasakan bahawa tidak ada sesiapa yang memahami diri aku yang sering dikatakan pelik. Ketawa.

Hati sudah dipujuk. Lega.
Dan boleh tersenyum bahagia kerana berjaya mengawal emosi dan api kemarahan dengan baik. Bangga menjadi diri sendiri. Ketawa kuat-kuat.






nota ringkas :
"Mengawal marah, sangat susah. Bila berjaya mengawalnya. Rasa seperti, "kenapa aku perlu marah-marah? tidakkah marah menyebabkan aku tua?" Lalalala~. (kata orang yang tak boleh terima hakikat diri tu sudah tua.) Haha. Ketawa."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: