RSS

Sangat rindu untuk blogwalking.

Hye. Senyum. Manis. Macam gula.


Buat masa sekarang, aku sangat banyak kerja. Semuanya menuntut aku untuk menyiapkannya dengan kadar segera. Dan separuh daripada kesesakan otak ku sudah pun aku siapkan. Eh. Bukan separuh. Tapi satu per empat, KOT.

Mak call. Adik sms. Makcik tanya itu ini.
En. Hati? Diam. Bisu. 1001 bahasa. Aku pun tak tahu dia menghilang ke mana. Nantilah aku cari dia balik, bila aku punya masa yang cukup. Boleh ke macam tu. Boleh kot. Dah 2 hari kot. Senyum.

Waktu yang banyak. Tapi kerja pun terlebih banyak dari waktu.
Kekadang aku pun tidak sedar waktu berjalan dengan cepat dan pantas. Hmm, kekadang aku melepaskan nafas kuat-kuat kerana aku tidak punya banyak waktu untuk menyelesaikannya seorang diri.

Aku rindu untuk duduk berlama-lama di hadapan Didi.
Rindu untuk menerokai blog kawan-kawan maya yang sudah lama tidak aku singgah. Aku memang tidak punya waktu yang banyak. Kenapa aku memilih untuk busy berbanding dengan punya waktu, boleh bersenang lenang dengan banyaknya?

Kata en. Hati.
"Yang, u tak sesuai kalau diam je. Nanti semua nak u fikir. Pastu mulalah u fikir bukan-bukan dan macam-macam. I lebih suka u ade kerja."

Aku suka.
Yes. Memang dia sangat mengenali aku. Mungkin sebab kami sudah kenal mengenali sudah lebih 7 tahun. Senyum.

Aku tidak boleh berlama-lama di sini. Perlu balik. Selesaikan apa yang tidak selesai lagi. Ada satu perkara yang aku biarkan terbengkalai. Esok due nya. Ketawa. Boleh aku relex lagi waktu begini. Giler.









Nota manis :
"Mak call. Katanya dia blur. Sebab duduk rumah sorang-sorang dan tidak dapat berfikir dengan kreatif. Ketawa. Ahh.. Aku tahu. Itu tandanya, emak suruh aku balik dengan kadar segera. Senyum. 2 minggu lagi mak. Anak mu akan balik. Sabarlah. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

hana devushka said...

2 minggu lg?..ingatkan 1 minggu je lg..

Ustazah said...

huhu.. awal bulan 5.. bukan ke 2 minggu lagi ke?

piNky LuCiA said...

aaa laa.. salah pengiraan laa. huhu