"Hmm, itu tak de rezeki namanya.."
Pujuk hati.
"Allah menarik nikmat itu daripada aku kerana aku kekadang melupakan Dia. Walhal, dalam segenap penjuru hidup aku, Dia tidak pernah melupakan aku. Ya Allah. Ampunilah aku kerana aku sangat lalai dalam memperingati Mu.."
Hati.
Adakah kamu termakan pujukan ku?
Atau masih tidak boleh menerima kenyataan yang ada ini?
Redhakanlah ia, wahai hati.
Kelak kamu akan rasa sangat tenang.
Senyum.
Pejam mata.
Berfikir.
Redha, perkara yang susah untuk dilakukan.
Tapi, aku pasti dapat melakukan dengan baik.
Senyum sekali lagi pada diri sendiri.
nota hari ini ;
"Aku sangat geram pada si Dia. Menyebabkan aku menangis tidak berhenti sehingga aku tertidur. Dan sekarang, sudah mampu tersenyum. Dah tidur terus dapat melupakan kisah lalu. Lalala~"
0 comments:
Post a Comment