RSS

warna warni.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Aku masih bernyawa. Dan ku sujud syukur kepada Mu, Ya Allah.

Ade perkara yang pelik yang menguasai minda. Tapi aku tidak dapat mengatakannya. Mungkin kerana aku sekarang tidak pandai meluahkan sesuatu. Ketawa.
Bukan dari dulu lagi ke macam tu?

Tubuh yang penat dan lemau menyebabkan aku tidak mahu ke mana-mana. Tapi aku terpaksa. dan aku kira, aku mewajibkan diri ku untuk menyiapkan semua kerja-kerja yang ada sebelum due nya.

Otak masih berfikir bagaimana hendak menyiapkan kerja dalam 1 masa yang singkat. Ketawa. Aku tidak punya kuasai luar biasa. Kalau ada, sudah lama kerja-kerja ku disiapkan tanpa aku terasa sedikit tertekan.
Aku tekankan, sedikit tertekan. Ketawa.

Ketawa yang masih bersisa, aku simpan.
Manusia jenis apa agaknya aku ini. Masih boleh mengatakan bahawa hanya ada sedikit tekanan walaupun berlambak-lambak kerja dan tekanan demi tekanan datang menghantui hidup. Ketawa. Sikitkah begitu? Tidak ade jawapan yang specific yang dapat aku berikan.

Kekadang apa yang datang sebagai ujian itu membuatkan aku lebih kuat dan tabah serta bersemangat untuk berdepan dengan hidup yang ada sekarang.

Semangat perlu ada untuk berdepan dengan semua perkara. Seperti kata mak, Aku adalah seorang kuat semangat. Jadi, buktikan bahawa aku memang kuat semangat.






nota ringkas ;
"Apa yang kita lalui dalam hidup ini sebenarnya indah. Kerana ia berwarna-warni untuk dihadapi."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: