Selesai satu perkara.
Test Pendidikan Global yang aku memang tunggu-tunggu. Bukan tertunggu-tunggu sebab tak sabar nak jawab. Tapi tertunggu-tunggu bila ia nak habis. Otak aku dah penuh ngan traffic jem sekarang.
Jem. Jem. Jem.
Kerja banyak tak siap. Dah nak termuntah dah pun.
Buku ada sebijik lagi tak baca. Bila nak baca pun aku tak tahu. Exam hari khamis ni.
Barang banyak lagi tak kemas? Macam lah aku dah kemas barang. Sebenarnya... Belum kemas apa-apa pun lagi. Ketawa.
Mengajar nak kena pergi.
Keperluan Aqeef nak kena bagi.
Keperluan mak dirumah, nak kena fikir.
Macam mana kepala aku tak botak dan rambut tak gugur dengan banyak setiap hari.
Itu belum masuk aku fikir bab duit yang macam air keluarnya. Ish3.
Aku perlukan seorang penasihat kewangan untuk menasihatkan aku dalam pengurusan duit. Ketawa.
Melihat bilik yang tunggang terbalik dengan senyuman.
Oh serius, aku tak mampu handle sorang-sorang. Itu yang aku rasa. Mungkin hanya rasa. Memang selalunya itu yang aku rasa. Dan cuma tinggal rasa. Aku laluinya seorang diri jugak. Senyum.
Hidup ini, tak boleh bergantung dengan orang lain.
Kena laluinya dengan tabah. Dan belajar perlahan-lahan untuk menyelesaikan segala kekusutan yang timbul. Tapi kekadang masa lebih banyak menyelesaikannya daripada diri sendiri. Ketawa kuat-kuat. Aku lebih suka masa yang menyelesaikannya. Mungkin ia lebih berkesan.. Senyum lagi.
Mahu fikirkan bagaimana aku mahu kemaskan semua barang yang sangat bersepah di dalam bilik ini dan menyusunnya dengan baik. Harap dapat ilham dengan kadar segera. Lalalala~
nota tangan :
"Aku sangka masih berbaki 2 minggu di UM. Rupa-rupanya 1 minggu lagi. Silap pengiraan. Wah. Macam dah tak sabar nak balik peluk mak lama-lama ni.. Ketawa."
0 comments:
Post a Comment