Assalamualaikum.
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Minyak naik lagi. Hmm, Betul laa slogan "Rakyat di dahulukan" tu. Setuju dan tidak ada yang membantah. Bagus dan Syabassssss untuk PM kita. kan!
Aku akui beberapa minggu kebelakangan ni, aku sangat busy. Aku rasa, semuanya kelam kabut. Aku rasa semuanya pening. Aku rasa semuanya tak terurus. Tapi.... Aku masih jugak cool dan releks.. Boleh? Kerja gila!
hmm.. Hari ni, Bengkel latihan mengajar (BLM).
Kalau diikutkan hati, malasnya aku nak pergi. Jam 7.30am, hp berdering. Nada dering hp aku sekarang, aku tak tahu lagu apa. Hentam jelah. Tapi yang tertera nama "Azhar". Apa plak mamat ni nak pagi-pagi. Detik dalam hati.
Bercakap 15 minit.
Ok. Aku bangun. Mandi. dan bersiap. Haha. Dan terus ke BLM.
Dalam hati, Allah je tahu betapa malasnya aku. Ceh!
Suasana di BLM.
Meriah. Semua berpakaian seolah-olah kami ade seminar perguruan. Kemas. Hensem. Cantik. Semua nampak macam seorang ustaz dan ustazah. Ketawa. Dan dah tiba masanya aku akan bergelar "Ustazah" dalam erti kata sebenar. Mungkin "Ustazah Moden". Haha.
BLM, banyak memberi ilmu pada aku dan aku dapat mengetahui banyak perkara realiti di sekolah yang akan aku hadapi. Mungkin pengalaman kali ni berbeza dengan pengalaman dulu semasa aku mengajar di sekolah rendah.. Kerana kali ni, aku bakal tempuhi pengalaman untuk mengajar di sekolah menengah.
Dapatkah aku buat dengan baik?
Aku pun tak pasti. Tapi, yang aku tahu, lepas ni, apa nak jadi, jadi lah. Haha. Ketawa. Ambik mudah dan jangan fikir banyak-banyak. Senang kan. Susah ke senang ke, life must go on jugak. So ambik mudah lagi tidak memeningkan kepala aku.
Ketawa.
Dalam BLM, aku terfikir sesuatu.
Tinggal 2 minggu lagi aku bergelar pelajar. Selepas ni, tak de lagi istilah pelajar. Bahkan bertukar menjadi istilah pengajar. hmmmm...
nota ringkas di hari yang malas ;
"Menjadi seorangg "ustazah" adalah tugas yang mencabar. Bolehkah aku melaluinya dengan berjaya?"
2 comments:
slmt mnjadi pengajar..^_^
belum lagi laa weyh. ade 2 minggu lagi jadi pelajar. ngeeee...
Post a Comment