RSS

terasakah aku?

menyapa dia.
dengan perasaan yang sangat excited untuk cerita itu dan ini.
banyak perkara yang aku nak share.
banyak perkara yang aku nak bagitahu.
bukan banyak.
tapi sangat banyak.
mungkin terlalu lama aku simpan untuk diceritakan.

tapi...

entah.
tak tahu apa yang dirasa.
down.
perasaan excited tu, mula jatuh. merudum. dan terus hilang.
di ganti dengan jeritan hati yang sayu.
aku tak pandai menyatakan. juga tak pandai bermadah-madah.
aku cuma berjauh hati.
mungkin aku terlalu sensitif. ya. mungkin.
kerana aku telah buat yang terbaik untuknya.

hati ku sedih =(

aku menyedut nafas. perlahan-lahan.
menghembusnya kembali.
terasa berat. tersekat. sesak.
senyum kelat memandang Didi yang masih setia melayani aku.

tak pe.
aku faham situasinya.
mungkin dia terlalu letih.
atau terlalu banyak perkara yang hendak difikirkan.
atau terlalu banyak benda yang hendak dilakukan.
atau tidak mahu berharap kerana takut kecewa.
mungkin.
banyak kemungkinannya.
aku faham.

kerana aku tahu, sakitnya kecewa.
ia seperti ditusuk sembilu. tajam. menyengat. berbisa.

tapi...
kenapa aku tetap terasa berjauh hati?
aaaahhh.. persetankan semua yang dirasa.
senyum pahit.
telan air liur jugak pahit.
mata terkebil-kebil memandang syiling.
fuhhhhh... menghembus nafas sekuat yang mungkin.

fikiran harus positif.
lebih positif dari segala-galanya. barulah awet muda.
senyum.
terasa lega.

aku percaya dan berpegang.
"segalanya pasti ade hikmahnya. kerana Allah itu Maha Adil."
senyum ceria. (betul ke ceria?). diam kau!


kata hati : "kekadang kita perlu berada di situasi orang, untuk memahami situasinya dengan lebih baik dan mendalam. (senyum manis)"
kata sebelah hati : "buat apa nak faham. bukan dapat duit pun. haha. (gelak evil)"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Ismail Fitry said...

Hmmm... Jiwang sungguh...
But nice!

hans said...

yups
untuk faham tentang masalah seseorang kita harus menyelami hati dan berada ditempatnya

P/S : Blog Gua Kena Tegur Oleh Blogger! Gua Cuak!

piNky LuCiA said...

ismail...

hahaha. bukan jiwang. tapi berbunga2. hahaha.

tQ.

piNky LuCiA said...

hans...

baru kita faham masalah dia kan? hehehe

Unknown said...

tiada apa hendak di kata~hanya maaf di pohn dari diri yang hina~

Namun teringat ada satu pepatah, dalam satu perhubungan persahabtan, tidak perlu mengungkapkan kata maaf...tapi tidak tergamak...

apa2 pon maafin diri ini..tiada lagi yang semalam...jika benar ada, tidak sesekali diri ini mengegurmu =)

piNky LuCiA said...

=) alaa.. dah ilang dah terasanya.. semalam je. bangun tdo tadi dah tak ingat dah. hehehe.

kita bergaduh ke? haha. senyum.