RSS

kerenah mereka tak sudah-sudah.

salam dan selamat petang.

awan. mendung.
semakin lama di lihat, semakin mendung.
mahu hujan agaknya.
tapi, hujan bagai berdiam diri. tidak mahu turun. mungkin malu-malu dengan aku yang sedang melihatnya. wah!

bonda.
tetiap hari sms, juga call.
selagi aku tak balik kampung, selagi itu bonda mahu pun adik-adik semua tidak mahu berhenti.
memang rutin kot. haha.
ketawa dan mengeleng-gelengkan kepala.

sampai kekadang ia membuatkan aku rimas.
memandangkan aku bukanlah kaki sms atau kuat bergayut, ia menyebabkan aku rimas kerana terpaksa memegang hp dalam satu tempoh masa yang lama. 30 minit agaknya tempoh untuk bercakap. dan sms dalam tempoh sejam.
tapi kekadang ia menghiburkan aku yang penat menyelesaikan masalah yang tak sudah-sudah timbul.
senyum pahit.

rindu itu adalah suatu yang menyeksakan.
tapi rindulah yang menjadi pengikat hati. =)


muka berubah jadi sayu.
aku sebenarnya rindu suasana kampung.
rindu pada bau hutan.
rindu pada bonda. ayahnda. adik-adik. rumah.
ingin segera ku terbang pulang. tapi apa kan daya. kata orang, biar masa yang tentukan.
ceh! main tunggu masa plak.

kerja yang harus ku selesaikan, agak banyak.
sms bonda ku terima seolah-oleh merajuk.
"kalau banyak kerja, tak yah balik-balik."
wah. hati aku jadi sayu.
bonda suka melarang. aku plak tak boleh dilarang. haha.
"siapa kata tak nak balik. nak balik lah bonda. khamis ni balik la."
laju je aku aku menuturkan bicara. pada hal tak rancang pun. adeh.
penangan ayat bonda memang meresap dalam jiwa lah. dush3.

cik Siti : "kak, baju ada 17 pasang yang belum dijahit."
aku : "so jahitlah. haha."
cik Siti : "haha. tunggu kak balik laa.. kitorang dah basuh dah kainnya."
aku : "amboi-amboi, nak jahit ke nak buat apa ni sampai 17 pasang? masak kari?"
cik Siti : ketawa.

17 pasang baju yang perlu dijahit.
sempat ke nak habiskan 17 pasang tu? ok. jahit sampai sakit pinggang.
senyum kelat teringat baju yang 17 pasang.
kenapa banyak sangat ni? ntah. tiada jawapan.
semua senyum. tersengih pun ada.

ish! nak pakai ke nak makan ni, sampai 17 pasang?
sambil membuat muka comey memikirkan ada-ada saje kerenah adik-adik ku ini.
tak boleh tengok aku senang!

itu tak masuk kerenah yang lain lagi tu. adeh.
pening aku.
menjadi kakak memang macam ni kot.
ketawa sendiri. geram pun ada. tapi merekalah yang selalu membuatkan aku tersenyum pahit. tapi ku telan juga.
kerana aku adalah kakak.


tunggu kan kepulangan ku.
aku rindu kamu semua.......



kata hati : "semua itu adalah alasan yang mendorong aku supaya mahu pulang ke kampung. aku tahu. tapi semua tu, aku rasa sweet je. haha."
kata sebelah hati : "sweet tak sweet pun, kamu kena jahit sampai sakit pinggang laa.. sebab kamu bukan punya banyak masa untuk bermain dan bercuti. faham?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: