salam semua.
apa khabar? semoga semua ceria dan bahagia serta hebat-hebat semua.
sama seperti apa yang aku rasa sekarang.
senyum manis yang terlebih gula.
tunggu sekejap.
ada sms masuk.
ku pandang skrin hp dengan tersenyum manis.
katanya, : "best kahwin. haha."
Nada mengusik seperti kebiasaan.
aku menekan butang reply.
"Adakah ini sesi mengenakan ura supaya cepat kawin?"
dia ketawa.
huh! hati aku mencebik. tanda marah dan tidak berpuas hati dengan usikan itu. marah-marah sayang.
main-main ye dengan aku.
senyum. walaupun muka belum ku cuci dengan pencuci Safi Balqis.
Farha, dia selalu menceriakan pagi aku sejak kebelakangan ni.
memujuk aku supaya cepat-cepat menjejaki dirinya.
ketawa bagai mahu pecah perut yang belum terisi.
kata orang,
"jika seseorang lelaki memberikan kamu al-Quran, itu tandanya dia menyukai kamu." benarkah?
{terima kasih kepada en.Google kerana menyumbangkan gambar yang cantik.}
status.
ramai yang bertanya. si adam mahu si hawa.
dengan sikap yang suka main-main dan tidak pernah serius dalam memperkatakan sesuatu, ada yang mempercayainya.
salah aku. mungkin.
tapi sekarang, mungkin aku sudah memikirkan untuk menukarnya.
kebarangkalian itu ada. cuma masa yang tidak ada.
ketawa.
alasan semata-mata.
tapi, status itu bagi ku, tidaklah sepenting mana.
usah ditokok tambah dengan ajinomoto. penyedap rasa.
pada sesiapa yang suka menjadi penglipur lara, aku nasihatkan kamu menoktahkan titiknya di tahun baru.
usah menjadi tukang masak terkemuka, jika kamu belum berguru dengan chef terunggul dunia.
kerana sekarang, aku sudah pun bergelar wanita, untuk memasak kepada arjuna tercinta.
ramalan kaji cuaca oleh diri ku pada tahun baru yang bakal menjelang dua hari lagi.
gunung berapi akan meletup di tahun 2011.
percaya cakap aku. atau kamu akan merasa larva nya.
sebelum dia mengeluarkan haba atau meletuskan larvanya, di nasihatkan menoktahkan cerita-cerita mu di penghujung disember.
itulah jalan yang terbaik yang kamu ada.
take it or leave it.
saat cinta itu ku genggam, aku tidak akan sesekali melepaskannya.
mood : dalam hati ada taman.
dan taman itu sudah pun berbunga-bunga mekar.
semekar senyuman yang ada pada si bibir merah.
mungkin sedang mengecapi bahagia tahap maxima.
kerana senyuman bujang itu tidak lama lagi akan ditamatkan.
keberangkalian itu sudah ada.
susah untuk ditafsirkan hati tatkala ini.
senyum simpul. malu-malu. pipi merona merah.
ketawa sopan. sambil menutup mulut.
muka gatal.
mendongak ke atas. kosong.
memandang keluar jendela. gelap.
memikirkan sesuatu yang telah berlalu.
ahh.. persetankan semua kata nista manusia.
alhamdulillah. sekarang aku sangat bahagia.
terima kasih Allah, kerana mengutuskan selembar kebahagian.
aku sangat bertuah memilikinya.
dan aku tidak akan sia-siakan diri nya.
kerana aku tahu, pelangi indah sekarang sedang berada di atas kepala ku. mendekati ku serapat yang mungkin. supaya aku melihat keindahannya.
senyum lebar. puas.
tanpa ada garis-garis kedukaan.
nota penting :
"dalam proses menyenaraikan keperluan yang sangat perlu. pentingkan yang lebih penting. marilah bersama kita mengelakkan pembaziran."
8 comments:
btol tuh..Allah benci manusia y melakukan pembaziran..semoga hari bahagia sentiasa mengisi hari2 mu sahabat =)
tQ teman.. semoga Allah memberkati hidup mu juga. =)
semoga bahagia selalu
jika layangkan kad pada abg saya
maklumkan pada saya..
boleh tumpang sekaki..
=)
kalau layang kad kat abg nur, layangkan jugak laa kat nur... hehehhe. 1 sorang laa.. lalalala~
time kasih nur.. =)
wah
minta2 den tamatkan zaman bujang den tahun depan
P/S : Thanks Pada Kamu Sebab Undi Saya Yer
hahaha. amin.. nnt jangan lupa jemput i plak. hehe
nanti ada org nak mkn laksa cuti raya cina ni..eh..ke nasi goreng?..atau mee bandung?..atau sekadar keropok lekor?..haha~
hahaha.. makan jela apa yang patut. janji kenyang.
keropok lekor pun sedap. i like! hahaha.
Post a Comment