RSS

di Aquaria bersama Cik Siti. haha.

sudah lama aku berjanji, mahu membawanya ke Aquaria. sebab bila dah balik Terengganu, tak tahu lagi bila nak datang kL. lagipun ni sem last di UPSI.


janji tetap janji.
maka, aku kotakan semalam.

seronok. memang seronok. tapi memang penat.
macam nak patah kaki.
tapi ade jugak sedikit terkilan. abaikan je. haha. lumrah la tu.

rancangan sebelum ke Aquaria.
menjemput kak Ni dan abg Fiq dengan membawa Sabrina si hitam manis pergi.
agaknya dapat pergi bersama ke?
abg Fiq sekarang ngah belajar. so nak kena belajar la. walaupun hari cuti.
hmm, tunggu info saje la.
sambil ku tunggu. sambil ku pujuk. termakankah mereka dengan pujukan aku?
huh! aku tiada jawapannya.

sehari sebelum ke Aquaria.
sms daripada kak Ni membuatkan aku sedikit terkilan. kecewa juga.
barangkali aku terlalu berharap.
ketawa pada diri sendiri.
kata kak Ni,
"kak Ni balik Perak malam ni, sorry sangat-sangat tak dapat ikut Zura ke Aquaria."
ku biarkan sms tidak terjawab.
mungkin terlalu terkilan. mungkin juga kecewa. atau berjauh hati.
abaikan. kerana ia tidaklah begitu penting.

di Aquaria.
tempatnya tidak lah terlalu sukar untuk dicari.
terima kasih kepada Kapten Luffy kerana memberi tunjuk ajar untuk ke sana.
juga kepada Azhar.
terima kasih daun keladi. lain kali aku tanya lagi. haha.

Aquaria sangat besar bagi ku.
sebab aku terlalu kecil kot. kata en.Hati, aku ni sebesar kuman.
ade-ade saje!
masuk Aquaria, pusing-pusing. 4kali kot. haha.
terlalu teruja melihat ikan yang sangat besar. dan tak pernah dilihat.
Subhanallah.
sangat menakjubkan ciptaan Allah yang menguasai seluruh alam.

tengok. keterujaannya terserlah. haha.

penat. sakit kaki. tak yah nak cerita la. 203% tenaga ku habis.
mungkin keseluruhan tenaga aku guna.
ia seolah-olah habis. kosong.
tapi berbaloi laa. sebab cik Siti ni suka. okla tu.

ku suara kan pada Cik Siti,
"i kena rehatkan kaki i seminggu. tak boleh berjalan or buat apa-apa." ketawa.
"habis tu, u nak solat macam mana?"
"letak je baldi kat tepi katil. ambik wuduk. then solat sambil berbaring."
"melampau."
sama-sama ketawa.

jam 1040am.
train untuk ke UPSI sampai.
sekejapnya masa berlalu. baru semalam. berlalu dengan pantas.

terasa rindu pada cik Siti. haha.
juga pada bonda, ayahnda dan adik-adik di kampung.
ingin saja aku terbang pulang. sekarang.
tapi apakan daya ku. huh!
ketawa buat-buat.
aku mesti selesaikan kerja yang ade terlebih dahulu.
sedih.
gambaran nya terserlah dengan mata. ;(



kata hati : "aku rindu pada adik-adik yang lain juga. sangat rindukan suasana rumah."
kata sebelah hati : "kalau rindu, baik kamu balik je. buat apa duduk kat sini lagi."


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: