RSS

pink + oren pilihan ku. lalala~

salam.

selamat petang.
selamat minum petang.

sedang menikmati dendangan compang yang bertalu-talu. menyesakkan benak minda ku. tapi tetiba macam best plak.
menulis sambil ade irama kompang yang menyambut kedatangan jari jemari yang sedang menari-nari riang. lalala~

mungkin pasukan kompang sedang berlatih untuk kejuaraan kolej.
atau mungkin esok ade acara kolej yang perlu mereka sambut dengan iringan kompang.
mungkin. aku hanya meneka.
jika aku bijak, tekaan aku mengena. tidak tersasar.

acara mengemas bilik dan mengosongkan kolej kediaman.
sesi mengemas nampaknya berjalan dengan agak perlahan.
seperti kura-kura sedang menikmati alam semesta yang luas lagaknya.
aku pun tak tahu kenapa aku harus begini.
mengemas dengan penuh sopan santun, lemah gemalai dan ayu mayu.
umpama daun-daun kering yang jatuh berguguran. satu persatu.
wah! ade perumpamaan gitu. class.

setelah mengemas dengan lekanya, baru aku perasan satu perkara.
dan timbul persoalan di jiwa kecil ku.
kenapa banyak sangat barang berwarna oren dan pink ni?
pelik.

termenung.
teringat kata-kata bonda pada ku tempoh hari.

"anak bonda memang cantik kalau pakai kaler pink ."
aku senyum.
"tapi kaler hijau ni cantik jugak, bonda."
"hijau tak cantik. nampak tua."
"kaler kuning?"
"kuning lagi laa... nampak pucat macam orang sakit je. nazak nak mati dah."
aku ketawa.
"habis tu kaler apa lagi yang cantik, bonda?"
bonda termenung sejenak.
"pink. oren. merah. light purple. light blue. yang lain tak cantik."
aku kembali ketawa. bangga? haha. entah.
"ada plak macam tu. jadi, tak boleh pakai kaler selain tu laa eh?"
tanya ku manje. anak bonda laa katakan. bonda senyum.
"nak pakai boleh. tapi nampak macam orang berumur. nak ke macam tu?"
"tak nak." sambil ketawa.

dalam hati : "mana boleh nampak tua. i kan masih muda belia lagi orang nya."
berlagak! perasan juga ku kira. ketawa evil. h0h0h0.

sebenarnya warna oren juga cantik. ia mempunyai nilai tersendiri.


barang kaler oren.
blaus labuh. baju kurung. baju pesak riau. tshirt. kemeja. towel. tudung. pen. bag.
setiap jenis baju, mesti ade kaler oren.
setiap jenis tudung, comfirm ade kaler oren.
boleh ke macam tu?
tak tersedar laa plak aku terbeli kaler oren. haha.
itu tak masuk ngan barang-barang lain yang berjenis-jenis lagi tu.
adeh! sesak nafas aku tengok banyak sangat kaler oren.

sebenarnya warna pink sangat cantik di mata aku. haha.


tadi ku pandang kiri. sekarang, ku pusing kanan.
wah! lagi banyak barang kaler pink.
di tegaskan di sini, bukan banyak. tapi sangatlah banyak.
baju. pensil. bag. tudung. selendang. shawl. tshirt. baju kurung. baju kebaya. towel. buku. sepit rambut. jam tangan. gelang. aiseh. jenuh aku nak senaraikan.
tak larat.

rupa-rupanya, dalam tak sedar, aku terkumpul kedua-dua kaler ini. adeh.
pink. berjenis-jenis pink.
oren. berjenis-jenis oren.
nampaknya segala pink dan oren menjadi koleksi aku.
ketawa melihat diri sendiri yang tak sedar dengan kehadiran kaler itu dalam hidup.
senyum mengada-ngada. haha.

kini baru aku sedar. selain pink, aku jugak suka oren. lalala~
Obses ~ pink ~
dan dalam tahap perkembangan normal menyukai oren. barangkali akan naik level obses jugak ke benda-benda dan perkara-perkara yang berwarna oren. ngeh3.

indahnya, jika alam yang kita diami ini penuh ngan warna warni kehidupan.


pemilihan kaler.
sebenarnya semua kaler cantik.
cuma kekadang pemilihan kaler tu mesti laa bersesuaian dengan kulit. terutamanya bila kulit tidak berapa jelas nak nampak puteh. macam aku ni. yang kelabu-kelabu je. haha. itu pendapat aku sahaja. jangan marah.



kata hati : "macam confuse je banyak nya barang-barang berwarna pink + oren. tak percaya pun ade. adeh!"
kata sebelah hati : "eleyh. tak nak terima hakikat laa tu dia suka oren. haha. takut kaler pink terabai ke? lalala~"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

Cikgu Nort said...

singgah jap.. :P

piNky LuCiA said...

SELAMAT SINGGAH.. =) SENYUM2 SELALU.

Azuan said...

dua-dua tak suka..hihii

piNky LuCiA said...

hahaha. dah nama pun lelaki. memang laa..

kalau lelaki suka pink, maknanya???? ngeh3..

Aujinz said...

saya suka kaler hitam dan Oren..

koh koh koh..

piNky LuCiA said...

hohoho.. tak suka kaler hitam... rasa macam gelap je dunia.. kakakaka

Jebatulhakim Armastav said...

eh awak..awak.. merah suka tak ? awak suka tak kaler merah ? sya suka merah tu sgat2 tau..awwwww~..sukanya~
-senyum smbil blink eyes-
(haha.. ttbe je)

piNky LuCiA said...

hahahaha.. sambil mata blink3 jugak, suka...suka...suka...

hahahaha.