blogwalking sambil membaca berita + makan-makan + sms + sebagainya dalam 1 masa. dan terbaca cerita menarik. pasal pilihan.
aku juga tidak suka memilih.
pernah aku suarakan padan kawan.
"aku tak suka memilih."
"tapi kita hidup memang untuk membuat pilihan, Sis."
"aku tahu."
"tapi kau tetap tidak suka, bukan?"
"yer."
"apa yang kau kena pilih, Sis?"
"ntah."
"kau memang tak pandai bercerita tentang hidup, kan?"
aku gelak. blur. haha.
"kau memang tak pernah berubah."
"ntahlah. mungkin belum sampai masanya."
"haaa, eloklaa tu. Asyik nak tunggu masa aje!" dia membentak.
aku masih ketawa. haha.
aku memang tak pandai meluahkan. mungkin hanya dengan tulisan, semua yang berada dihati dapat diluahkan. aku tidak pandai untuk menjaga kata-kata ku.
kata mak, kata-kata yang aku hemburkan adalah sedikit berbaur pedas. tapi tidak bermakna aku marah.
mungkin aku perlu belajar untuk bercakap secara bersahaja.
mungkin.
pilihan.
aku memang fail dalam membuat pilihan.
sama ada pilihan sukarela. atau paksarela.
mungkin ketidaksukaan aku menyebabkan aku tidak pandai dalam memilih.
mungkin.
segenap segi kehidupan adalah hal untuk memilih. terutamanya memilih untuk makan pada hari ini. menu apa untuk di makan. pakaian apa untuk dipakai. segalanya.
tapi aku.
tetap jugak aku yang tidak pandai memilih.
tetapi!
bila sekali aku pilih, aku tak kan berundur. dan masih tetap dengan pendirian asal.
mak kata, hati aku memang cekal.
aku tambah, tapi hati je cekal. fizikal lembik. haha.
pasal jodoh.
juga tetap aku kena pilih. antara 2 yang terbaik. mana kah yang lebih baik.
susahnya. detik hati nan kecil.
perlu menggunakan seluruh skill yang ada.
perlu menitik beratkan segala segi kehidupan.
perlu menilai yang mana kaca yang mana permata.
kalau kedua-duanya permata, permata apa yang harus aku ambil?
aduh!
berat. tidak terpikul dibahu.
sebab?
aku yang nak hidup dengan dia. bukan orang lain.
kata hati : "aku perlukan sedikit masa lagi untuk berfikir."
kata sebelah hati : "haha. mahu fikir apa lagi? jalan jela. itu pun susah."
ku hembus nafas perlahan-lahan. berat.
dan senyum. pelik! haha.
0 comments:
Post a Comment