RSS

setelah pemilihan di buat dan ditapis.

assalamualaikum dan salam sejahtera.
ala-ala pembaca berita lagaknya.
mengulum senyum.

baru selesai membuat keputusan yang aku rasa, agak berat.
memilih dan membuat keputusan adalah sangat susah bagi aku yang memang sudah tidak pandai dalam membuat sesuatu keputusan.

teringat kata Dato' Fadzilah Kamsah pada ku,
"kamu seorang yang sukar dalam membuat keputusan. so hanya Allah yang boleh bantu kamu. istikarah banyak-banyak. pohon dengan Allah supaya keputusan yang kamu buat adalah betul. dan selepas itu, tawakal."

saat ini.
aku sangat bimbang jika aku tersalah membuat keputusan.
dah putus baru fikir dan bimbang takut salah. boleh ke macam tu?
senyum pahit.
tapi aku harap semua nya berjalan dengan lancar dan tersusun.

pemilihan colour.
adeh. bergaduh semua orang dengan memberi pendapat masing-masing.
aku di tengah-tengah, pening yang amat.
mana tak nya, seorang nak hijau. seorang lagi nak puteh. seorang suggest silver. last-last aku order hitam. haha. padan muka semua orang.

tapi, en. Hati sangat pandai memujuk.
setiap apa yang dilihatnya puteh, dia suruh aku tengok sama.
sampai ke akhirnya, aku memilih puteh.
aku memang cepat terpengaruh. haha. itu memang sifat ku. walaupun kekadang aku adalah seorang yang teguh pendirian.
tapi pengaruh dan hasutan yang kuat menyebabkan aku rimas, lalu aku bersetuju.

huh! sifat yang tidak boleh dibanggakan dan harus berwaspada selalu.
takut jugak kalau ade orang lain memonupolasi aku. haha.
ketawa dan mencebik bibir.

akhirnya,

betul ke aku pilih ni? =)

ia menjadi pilihan aku.
itu pun setelah ditimbang tara. selesai bergaduh manja. membuat rujukan di mana-mana. melihat apa yang patut. mendengar semua suara. dan aku putuskan.

adakah keputusan aku mengikut kata hati atau pengaruh orang lain?

setelah melihat dari banyak segi.
suggestion dari family.
pendapat dari bonda.
suara-suara masyarakat dari adik-adik.
tapi ayahnda tetap berdiam diri. memang itu sifatnya.
dan lastly, kata en. Hati.

semuanya ku tapis rapi. ku fikir tidak berhenti-henti. susahnya dalam memutuskan sesuatu.
dan aku jaga setiap inci perasaan pemberi pandangan juga.
lalu, aku membuat keputusan sendiri.

aku dengan hormatnya menyatakan, puteh nampak elegant.
sama macam anak pertama aku, Didi.
bibir menyimpul senyum.
malu-malu dan was-was.
ketawa.
masih lagi was-was sampai ke saat ini. boleh ke macam tu?

dan selepas ber'meting' bagai untuk men'settle'kan apa yang patut.
sekarang, aku boleh bernafas lega.
menunggu loan diluluskan dengan jayanya.
mungkin tidak sabar juga melihat anak kedua aku.

apakah nama yang sesuai di berikan padanya yang bakal lahir untuk menemani aku selepas Didi.
barangkali Didi akan jeles dengan kehadirannya.
"Didi, kamu jangan jeles ye sayang.. di mana saja aku berada, pasti ada kamu. kerana kamu adalah jantung ku.."
aku senyum memandang Didi. =)

diri aku.
mata bersinar-sinar seperti menunggu kelahiran anak pertama.
tak. anak kedua selepas Didi. ketawa.
kulitnya juga sama seperti anak pertama ku. haha.
Didi, kamu pasti tidak sabar untuk berkenalan dengan nya. ketawa sekali lagi.


mulakan senyuman di pagi hari. pasti kamu akan ceria, sepanjang hari. =)



kata hati : "sekarang, pemilihan nama sedang berjalan. pasti ade nama yang sesuai untuknya."
kata sebelah hati : "ish, semua benda nak kasik nama bagai. huh!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Sutera_suci said...

Cun puteh!

Hmm..letak nama PUTEH je,hehe

piNky LuCiA said...

dah pilih dah nama.. Aqeef Aiman.. hehehhee.