RSS

Ya Allah, hantarkan rahmat mu pada ku..

Assalamualaikum dan salam hormat.

Senyum. Akibat mengarang artikel yang panjang berjela, terasa seperti sekarang pun masih dengan ayat-ayat artikel. hehe.

Cuti 2 hari ditambah.
Hari isnin, Maulid Nabi.
Hari selasa, Thaipusam.
Aku tak sambut Thaipusam. Tapi dah namanya 1 Malaysia, aku pun cuti jugaklah. Senyum.
Ini menjadikan jumlah cutiku kepada 4 hari. Yeah. Seronoknya. Dapat bersama lebih lama dengan en. Hati tersayang. Senyum, bahagia.

Dalam otak.
Mahu balik rumah dan tidak mahu ke mana-mana. Berhenti kerja terus, boleh tak? Haha. Kalau lah boleh macam tu, aku terasa mahu menjadi suri rumah sepenuh masa sahaja. Menjaga suami dan anak-anak. Wah! Anak pun tidak ada lagi, tapi sudah memasang angan-angan. Senyum. Tak salah kan?

Jadual hari cuti.
Sudah di isi dengan pelbagai program. Program en. Hati sebenarnya. Aku hanya mengikut sahaja. Terpaksa. Kalau ikutkan hati, malas mahu ke mana-mana. Tapi sekali sekala bersosial tak salah, kan?

Tentang interview.
Kebanyakan kawan yang mengambil bidang Pendidikan Islam sudah keluar namanya. Termasuk kepada remaja yang bernama Asmasuhaida. Hehe. Yang bahagian Pendidikan Quran plak, baru je 2 orang yang keluar namanya. Harap minggu depan, nama ku akan menyusul. Senyum kelat. Amin.

Semoga Allah memudahkan segala urusan ku. :)





Nota Pinky ;
"Sudah berada bersama en. Hati. Kesiannya suami ku kepenatan kerana banyak program. Esok kita rehat dan bersuka ria yer Sayang..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Unknown said...

ok nanti kite berpoya2~

ehh dak UM tak dok kuor sorg ag ke tuk opsyen PAI?? confuse etek r gini~

piNky LuCiA said...

hehehe. Dak PI ramai dah kuar.. Dak Serawak, 19 org.. Perak 6org.. Putrajaya, lupa.. hahaha.. Ramai laa.. PQ yang 2 org baru kuar. Huhu