Sabtu.
Seawal 6pagi sudah bangun. Bagus. Boleh menjadi isteri yang baik..
Selepas berjemaah subuh bersama en. Hati yang tercinta, kami bersarapan dan mengemas rumah bersama-sama.
Oh! Tidakkah ini yang aku harapkan dari seorang suami?
Bahagia dalam hati. Senyum, gatal. Haha.
Gusi.
Sudah seminggu gusi ku bengkak tidak mahu surut. dan hari ni, dia sakit plak. Aduhai. Sabar. Allah ingin menguji ku dengan sakit gusi yang tidak putus-putus seawal umur ku 19 tahun. Senyum. Dan sekarang, makin takut nak jumpa dentist. Bagus Pinky. Jangan jumpa langsung, ye.
Mengemas rumah yang berselerak.
Harap rumah cepat dikemas. Sudah penat mata melihat barang yang sangat banyak di ruang tamu. Tapi Alhamdulillah, ruang tamu sudah siap di kemas. Barang bergerak ke sebelah ruang tamu. Haha. Separuh barang sudah ke dapur. Dan barang yang separuh lagi ke bilik tidur. Alhamdulillah. Walaupun tak banyak yang berubah, tapi ok la... Ketawa sopan.
Sekarang, sedang menunggu en. Hati balik dari surau.
Kami janji mahu makan buah sama-sama. Buah pun sudah siap di kupas. =) Bagus kan jadi isteri. Ketawa kuat.
Ok. Selepas ini bolehlah aku berhenti kerja, dan 68jam menjaga suami, menjaga rumah dan menjaga anak. Kan? Oh! Adakah aku sedang teringin mahu menjadi suri rumah sepenuh masa? Buat masa sekarang, terasa mahu meneruskan keinginan ini. Haha.
Matikan keinginan kamu. Ok.
Selepas ini, mahu study.
sudah mendapat arahan dari en. Hati supaya study. Jadual malam ini adalah tajwid dan bahasa arab. Bagus. Teruskan usaha. Lalala~
Semoga Allah merahmati hidup aku dan en. Hati...
Senyum..
Nota Pinky ;
"Sesiapa yang mahu menolong ku mengemas rumah tanpa gaji, bolehlah angkat tangan dengan segera. Oh! Nampaknya ramai yang ingin menolong. Sila datang ke Gemencheh yer.. Hehe."
0 comments:
Post a Comment