RSS

Muffin Chocolate..

Percubaan kali pertama membuat muffins.
Selepas ilmu dituntut dengan baik dan penuh bersemangat dengan Chef terkemuka keluarga, Cahaya Hikari (Cikgu Chef. Haha) harap sangat dapat buat dengan baik.
Ini adalah kali pertama membuatnya tanpa pantauan dari cikgu atau tukang ajar. Hehe.
Dan inilah hasilnya.

Siapa nak rasa, sila datang ke MRSM Gemencheh yer..


Belajar masak.
Aku rasa, kalau sekarang aku tidak lagi dinikahkan oleh ayah, aku tidak lagi belajar memasak. Senyum malu. Dasar perempuan malas memang macam tu. Walaupun jutaan lemon bebelan dari mak yang selalu memberi motivasi untuk belajar memasak, tapi telinga ku seolah-olah kebal dari sebarang ancaman dan bahaya.

Dan sekarang.
Baru aku tahu, memasak itu bukanlah benda yang susah. Senang dan yang paling leceh, lepas masak kena kemaskan barang dan basuh semua pekakas yang digunakan semasa memasak. Boleh tak sesiapa meminjamkan aku seorang pembantu tanpa gaji untuk mengemas dapur yang berselerak setelah aku selesai memasak?
Sah-sah tiada.
Dunia sekarang, semua guna duit. Mana ada orang buat kerja free, Kan?

Senyuman en. Hati.
En. Hati hanya tersenyum melihat muffins yang aku buat. Tadi kan cakap nak makan. So sekarang sila makan dan komen apakah rasanya. Hehehe.

Pengomen tegar tidak bertauliah.
Sebenarnya, telah ada pengomen tegar sebelum en. Hati balik ke rumah. Maafkan aku. Bukan mahu membelakangkan kamu. Tapi adat orang ziarah, kita hidangkan la apa yang ada. Kan?
Katanya ; "Acik, sedap muffin nya. Coklat acik letak, pekat. Rasa coklat tu terasa. Terbaiiikkk.."
Aku agak umurnya dalam lingkungan 9 tahun. Tapi kepetahannya mengalahkan aku yang sudah dewasa. Terasa mahu gelak kuat-kuat.
Dalam hati ; "Wah! Kecik-kecik sudah pandai mengomen budak ini."
Katanya lagi ; "Terima kasih Acik.. Kitorang balik dulu."
Mahu ketawa tendang-tendang kaki. Haha.

Sekarang sedang menunggu roti naik dengan 100%.
En. Hati mahu makan roti. So, dengan bangganya aku buatlah jugak rotinya walaupun garam dan butter tak de pun nak letak. Ketawa. Mana taknya, barang-barang memasak masih di rumah lama. Selepas siap di uli dan semua pekakas sudah dibasuh, barulah en. Hati berjumpa garam paket kecil. Ya, Bagus. Setelah siap baru mahu muncul.
Ketawa.

Teringat kata-kata mak.
"Kalau kak kahwin awal dengan en. Hati tu, mesti dah boleh bukak restoran."
Mak.. Adakah ini kata-kata perli atau untuk menaikkan semangat anak mu ini? Aku tak pasti.







Nota Pinky ;
"Sudah mengantuk dan tidak mahu buat apa-apa lagi. Jom kita tidur berjemaah. Good Night semua... Sesiapa yang ingin mencuba muffin dan roti yang aku belajar buat, bolehlah datang ke rumah kosong ku ini.. Hehehe. Kedatangan di alu-alukan. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

notso_violet : seindah bunga seri pagi said...

Muffin nampak sedap. Untung sape yg dpt mkn tu.
Tak sangka setahun kite tinggalkn blog, da kawen da rupanya blogger yg sorg nih. Da lambt kot tp nk ucap congrats. Pasni cpt cpt dapat baby pulak ya :)

piNky LuCiA said...

Haha. Terima kasih.

Saya pun dah lama gak tggal blog. Ni baru mula balik je ni. Hehehe. Tapi tak sempat nak jengah semua blog lagi laa.. hehehe.

baby, kalau ade rezeki, adelah. heheh