Khamis yang indah.
Tak sabar rasanya mahu menunggu Jumaat yang berkat, esok.
Sesuatu diluar jangkaan terjadi.
Banyak benda yang diluar jangkaan telah terjadi hari ni. Aku mungkin tidak biasa begini. Atau mungkin perkara seperti ini langsung tidak berada dalam benak fikiran. Atau mungkin, tidak aku jangka sebegini teruknya keadaan di sini.
Banyak kemungkinan yang ada dalam kepala sebenarnya.
Otak masih blur + terkejut dengan apa yang terjadi.
Perkara pertama di pagi hari.
Semasa perhimpunan pendek pagi tadi. Ada lagi masalah pelajar ponteng. Sebenarnya hal ponteng ini, siapakah yang patut dipersalahkan? Aku kurang pasti.
Tapi, melihat pelajar ponteng dilempang oleh guru disiplin, mata aku berair. Mahu menangis, tapi ku tahan je air mata di kelopaknya supaya tidak turun mencecah pipi.
Adakah aku seorang guru yang sensitif? Atau aku sedih mengapa pelajar sekarang sangat kurang ajar dengan guru, tidak seperti zaman sewaktu aku belajar dulu. Atau aku sememangnya tidak biasa dengan fenomena ini?
Aku mengucap panjang.
Ku toleh pada guru sebelah. Dia pun berkata, "kat sini ada surat pekeliling yang membolehkan guru merotan pelajar." Mungkin dia faham dengan riak wajah aku yang tertanya-tanya begitu. Ya, memang aku terkejut dengan perkara sebegini. Memandang aku tidak bersekolah di sekolah harian biasa. Dan semasa praktikal, aku ditetapkan di sekolah agama yang tidak sebegini keadaannya. Hampir setengah jam, kaki tangan ku terketar-ketar. Terkejut.
Perkara ditengah hari.
Seorang pelajar mengatakan pada ku sesuatu yang tidak aku jangka yang seorang pelajar akan mengungkapkannya. Perkara ini terjadi setelah aku menyuruh dia menyalin nota pembelajaran yang diajar oleh ku. "Pergi mampus lah kau." dalam pelat nogori.
Ya Allah.
Terasa mahu melempang dan menerajang pelajar ni. Sabar. Ni baru hari ke-4. Siaplah kau kalau ustazah dah hilang sabar. Mahunya kaki tangan semua naik nanti.
Persoalannya, sanggupkah aku berbuat begitu kepada pelajar ku?
Pesan cikgu tadi terngiang-ngiang.. "Kamu, kalau pelajar kurang ajar, lempang je. Kalau tak jadi, kamu terajang je." Oh, ajaran apakah ini? Pening aku mahu membezakan apa yang aku perlu buat sekarang..
Pendapat En. Hati..
Bila aku suarakan pada en. Hati tentang perkara pertama, katanya biasalah tu.
Bila aku suarakan tentang perkara kedua, dia tidak mengomen apa-apa.. Mungkin dia terkejut atau mungkin tidak mahu lebih mengejutkan aku.
Fikiran jahat dan tidak sabar.
Mahu sahaja aku berhenti sekolah sekarang. Minggu depan bagi notis tidak mahu mengajar kat sini. Tak tahan dengan kerenah pelajar yang kurang ajar, tak tahan dengan situasi disiplin yang tak terkawal. Dan mahu duduk bertapa di rumah sambil study menunggu posting.
Cepat-cepat beristighfar.
Jika semua cikgu berfikiran macam ni, alamatnya tak delah cikgu yang nak mengajar dalam dunia ni. Kan?
Allah ada di sisi.
Aku sangat berharap agar Allah kuatkan semangatku dan teguhkan sabarku agar aku dapat berdepan dengan situasi yang memang benar-benar mencabar ini. Mencabar mental dan fizikal.
Aku tahu, segala yang berlaku pasti ada hikmah yang terbaik untuk aku akan datang.
Moga Allah permudahkan segala urusan ku, kelak.
Nota Pinky ;
"Tak pernah aku sesabar ini dalam berdepan dengan manusia. Tengoklah setakat mana aku boleh bersabar dengan semua kerenah pelajar. Harap benteng kesabaran ini tidak akan runtuh. Senyum."
0 comments:
Post a Comment