Cuti kali ni, terasa sangat singkat.
Ya. Sangat singkat untuk terus bersenang lenang bersama en. Hati yang tersayang. Gatal ye? Sila gelak untuk diri sendiri. Kerana cuti telah habis.
Hari ini, hari Rabu.
Aktiviti kokurikulum berlangsung. Aku mendapat tugas sebagai guru Pandu Puteri. Oh! Ketahuilah aku tidak menyukainya. Ketawa. Kerana ia terlalu sopan. Tapi hati berkata ; "terimalah hakikat bahawa sekarang kamu adalah seorang ustazah. So sesuailaa ngan gelaran ustazah tu. Faham?"
Menggelengkan kepala. Tidak bersetuju dengan hati sendiri. Mahu memprotes. Tapi sedarlah sekarang bukan masa untuk memprotes lagi.
Sekarang kamu adalah seorang guru. Bukan pelajar yang boleh memprotes itu ini untuk mencuba dan apa-apa lagi lah. Senyum.
2 jam masa terluang.
Habiskan dengan mendengar tarannum bayati. Aduh. Tidak pandai-pandai jugak aku bertarannum. Seharusnya dari dulu lagi aku harus pergi mencari guru yang sesuai untuk belajar tarannum. Kan bagus begitu. Ilmu yang ada pun dapat di kekalkan dengan baik dalam diri.
Bagus. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk memarahi diri sendiri. Sebelum terlambat. Kan?
Bebelan en. Hati.
Semasa cuti, angan-angan untuk berehat dengan jayanya di postpone terlebih dahulu. Mana tak nya, en. Hati sudah membebel. Katanya aku langsung tidak serius untuk study dan membaca buku apa yang patut untuk persiapan interview nanti.
Terima kasih atas bebelan itu ye Sayang.
Hari ini, ku paksa mempelajari tarannum hingga berpuluh-puluh kali sampai pening. Ketawa. aku tidak mahu mengecewakan kamu.
Bayati pun tak dapat lagi ni, macam mana dengan tarannum lain?
Tepuk tangan. Ucapkan syabas untuk diri sendiri. Sangat bagus. Sepatutnya selepas belajar dulu, jangan tinggalkannya terus. Sekarang, siapa yang susah?
Diri sendiri. Jawapan sudah tersedia.
Selamat study dan membaca sampai muntah diucapkan pada diri.
Eh! Rajinnya nak study. Nama tak keluar pun lagi. Takpe. Persediaan awal tidak akan merugikan sesiapa. Kan?
Mahu tidur. Akibat kepeningan dengan tarannum. Haha.
Nota Pinky ;
"Bila mahu pandai bertarannum ni. Dengar suara sendiri pun sudah membuatkan aku loya. Bagaimana rasanya bila penemuduga mendengarnya? Termuntah agaknya. Ketawa kuat-kuat."
2 comments:
insyaallah boleh punya
:-)
P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html
Amin.. =) Masin mulut hans.. hehehe.
Dah masuk laman ni.. tapi pening. hahaha. akan cuba yang terbaik untuk bantu.. =D
Post a Comment