RSS

mahu ingat atau melupakannya terus?


Assalamualaikum.

hari yang tenang. tidak kelam kabut. tapi rehat masih juga tidak mencukupi. masih mengantuk dan mamai-mamai ku kira. mata cantik ini, ku paksa celik. usah di layan kantuknya.
ketawa.

mengantuk yang amat.
semasa makan tadi, aku masih juga mengantuk. ingin sekali melelapkan mata dan tidak mahu berganjak dari tempat tidur kerana kehendak mata. tapi apa kan daya. ada tugas yang harus aku selesaikan sebelum rezeki itu hilang. dan disambar orang.
sekali lagi aku ketawa.

semasa bekerja. rakan sekerja bertanya tarikh pada hari ini. sudah lupakah dia akan tarikh semasa. mungkin kerana kerja kuat yang tidak berhenti-henti. aku senyum.

dia 1 : "hari ni berapa hari bulan?"
aku : "15 jan. kenapa?"
dia 1 : "oh. ingat kan dah 16 jan."
aku : "kenapa ngan 16 jan?"
dia 1 : "birhtday ex aku." ketawa.

kata seorang lagi kawan.

dia 2 : "wow. masih ingat lagi besday ex. hebat."
aku : "yela. aku dah lupa semua dah pasal ex aku." ketawa.
dia 2 : "kau memang. semua pun kau lupa."
aku : ketawa.
dia 1 : "alaa, aku ngan ex aku, macam kawan sekarang. tak de musuh-musuh la. perkara yang dah lepas, buat apa nak ungkit kan."
aku : "cool."
dia 1 : senyum.

jika aku berada di tempatnya.
dapat ke aku ingat? mungkin tidak. ingat siapa dia sudah memadai. memori lain, delete! ketawa. cinta yang tak kesampaian, memang perit. hanya orang yang tabah sahaja dapat menerima nya dengan penuh redha dan pasrah.

"cinta itu sakit andai kita tidak tahu menilainya.
cinta itu adalah untuk dinikmati. bukan untuk ditangisi."


dulu.
menangis juga aku. waktu itu, aku sangatlah bodoh, aku kira. menangis dan terus menangis. sehingga hampir tidak keruan.
ketawa.
kenapa perlu menangis pada orang yang tidak sudi. sehingga berat yang 53kg mencecah ke 43kg. 10 kg turun weyh. grand! ketawa.
putus cinta memang sesuatu yang menyakit kan.

aku pernah ditanya.
adakah aku sudah melupakan cinta pertama aku? jawapan aku, yes!
tapi aku tidak pernah lupa siapa dia. cuma apa yang berkenaan dirinya sudah hampir 103% aku delete. seperti tarikh lahirnya. tarikh declare. apa-apa tarikh yang bersangkut paut dengannya. memori-memori indah. semua di delete rapi. ketawa.

susah untuk men'delete' semua memori.
ia memerlukan satu semangat dan azam yang kuat. serta ketabahan yang benar-benar luar biasa. harus kamu cekal untuk menghadapi nya bila memori kamu, kamu pilih untuk remove. senyum. sabar itu adalah tunggak utama. dan memohon lah pada Allah.

mahu ingat atau melupakannya terus?
jawapan aku : lupakannya terus.
kerana jika makin kamu ingat. makin kamu rasa sakit. aku pernah merasainya. aku tahu, sakitnya cinta jika didustai.
senyum tawar.

tabahnya kamu walaupun sudah terputus hubungan cinta, masih lagi boleh berkawan.
aku tabik. mungkin orang seperti kamu ada seorang dalam seribu.
mungkin.




tangan menari :
"otak aku jarang memproses data-data sejarah yang lampau tentang diri ku. ia banyak memproses apa yang perlu aku buat untuk membaiki taraf hidup ku masa akan datang. jika aku diberi pilihan, mungkin aku bukan lah seorang guru sejarah yang baik. ketawa."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

notso_violet : seindah bunga seri pagi said...

bek lupa, kwn byk kate saya pelupa tapi saya lagi suka mcm tu..xdela ingat sgt benda2 lampau yg sedih2 haha. contoh macam kekasih pertama ke. Nama die pun da ingat2 lupa.

piNky LuCiA said...

haha. pelupa kekadang bagus juga untuk kesihatan hati. kan? haha.

Unknown said...

emm igt2 lupe kot hakhak
ada yg ha igt dan ada yg ha tak igt..senang2 tak yah fikir walaupun masih igt kehkeh~

piNky LuCiA said...

setuju 203%. hahaha. nak ingat wan sorang je. kakaka.