Assalamualaikum.
Ada sesuatu yang telah lama ku simpan, terungkai malam tadi.
Walau bagaimana pun, aku telah berusaha sedaya upaya bersedia menghadapi kemungkinan yang ada. Kerana aku akui, semua salah ku.
Sayang.
Aku akui, semuanya salahku.
Ia berlaku tanpa aku jangka. Tanpa aku sedari. Bila aku tersedar, Alhamdullillah, Allah memberikan ku kesempatan untuk memperbaikinya. Tapi cukupkah masa yang diberikan pada ku itu? Aku tidak pasti. Yang penting, persediaan telah aku lakukan. dan dosa yang terpalit itu, aku pasti, ia akan terungkai kelak.
Dan segalanya terungkai semalam.
Saat ini kepala ku sakit. Berdenyut-denyut. Mata ku tidak dapat di buka seluasnya. Badan ku juga penat. Aku tidak menyangka sampai ke saat ini, aku masih lagi tidak dapat melelapkan mata.
Sayang.
Aku tahu, saat ini, hati kamu sangat sakit. Seperti ditusuk sembilu bisa. Aku tahu rasa itu. Aku juga mengerti, kerana aku pernah melaluinya. Tapi hairan, aku masih sampai hati memperlakukan kamu begitu. Sampainya hati aku. Kan?
Maafkan aku sayang.
Ku sangka tempoh 2 tahun adalah mencukupi untuk menebus semua dosa yang ada. Tapi sayangnya, 2 tahun itu tidak dapat mengubat sakitnya hati kamu saat ini. Aku sangat-sangat rasa bersalah. Saban hari aku menangis, kerana rasa bersalah itu menyelubungi diri. Saban waktu, aku rasa terhimpit, kerana memikirkan kenapa aku sangat tegar melakukannya?
Saat itu.
Aku tidak tahu apa yang merasuk jiwa dan minda ku. Aku betul-betul tidak sedar sayang. Sebulan kemudian, tetibe aku tersedar bahawa aku telah melakukan kesalahan yang sangat besar kepada kamu. Lalu aku memohon perlindungan dari Allah dan moga Allah mengampuni segala kesalahan ku. Allah memberikan aku kesempatan untuk berubah. Tapi bagaimana kamu?
Kamu?
Aku tidak pasti bagaimana penerimaan mu tatkala kamu mendengar pengkhabaran ini. Aku tidak dapat mengagak sayang. Jika aku terkenangkan dosa ku ini, aku menangis. Tidak terhenti mutiara jernih ini menitik. Tapi bagaimana harus aku sampaikan pada mu. Sehingga aku membiarkan masa yang memberitahu kamu. dan kini, ia terungkai sendiri.
Kamu dan Aku. Bergaduh.
Aku kepenatan. Bagaimana harus aku terangkan, sayang. Aku sangat mencintai kamu. Dulu, Kini dan Selamanya.
hati yang berkata :
"Aku sangat mencintai kamu. Hanya kamu yang bertakhta di hati ini. Hanya kamu, aku tekankan. Hanya kamu. Percayalah sayang."
2 comments:
emm apa nih ura?? nok tahu gop... =(
ntahla. makin lama makin tak tahu apa yang terjadi. haha.
Post a Comment