RSS

bila rasa durjana bermaharajalela.

salam mesra dan salam mahabbah.
bersama-samalah kita berkasih sayang.
senyum.

hari ni, kelas di mulakan dengan jayanya. walaupun kelas hanya ada satu kelas dalam masa sehari, tapi tak kesah lah. waktu yang lain, aku gunakan dengan kerja-kerja aku yang masih banyak untuk disiapkan.

tahniah.
kerana berjaya mengharungi dugaan hingga ke sem yang terakhir.
tahniah dan aku bangga dengan diri mu, Azura.


mood : telah tumbuh tanduk empat, akibat syaitan telah bermaharajalela di dalam kepala.

kawal lah perasaan marah mu, nescaya syaitan akan menjauhi mu.
ketawa evil. hohoho.


sedang memikirkan apa yang perlu aku buat sekarang.
ada desakan demi desakan jahat yang menguasai minda.
menyuruh melangsaikan dendam yang telah lama terbuku di sanubari.
huh!
persetankan semua rasa.
tukar rasa itu dengan segala kebaikan yang ada.
kerana rasa itu akan memakan diri sendiri jua.

melawan dengan penuh stylo.
aduh! terasa sakit di jantung.
terkena tendangan sakti si rasa durjana.
sayap puteh melayang terbang, ingin menyelamatkannya.
tapi sayap merah menghalang dia menjadi wira.
menyekat kemahuan si puteh, membiarkan rasa durjana menyentap jiwa.

aaarrrghhh..
sakitnya rasa begini.
ingin ku serbu semua yang ada di jiwa.
supaya hati ku puas dan dapat ketawa.
haha. ketawa penuh kejahatan. durjana.

tapi, ada satu suara muncul. seperti ia nyata.
menyatakan bahawa semuanya memerlukan strategi yang berkesan dan sukar dijangka.
lihatlah nanti, jika kamu berani mara selangkah cuma.
aku tidak akan berdiam tercegat sahaja.
malah, keris yang ada, akan ku hunus mengenai jarum yang kau gunakan untuk berlaga.

aku sudah kenal diri mu siapa.
jadi, lebih baik kau bersiap sedia.
perang kita akan bermula.
kerana bila rasa durjana ini bermaharajalela, kamu tidak akan menyangka.
aku lah sebenarnya di sebalik mawar yang merah menyala.
yang penuh dengan duri luka.

senyum. durjana.
awas langkah mu sang jarum yang pandai berlaga.
aku takut tersadung, lukanya lama.
aku berpesan, jagalah langkahmu supaya tidak sumbang di mata.
kerana hati ku sudah nampak lagi nyata.
bahawa kau adalah pencetus sengketa.

haha. ketawa. durjana.
untuk kali keberapa.

sakitnya jiwa tak terkata.
dan sekarang, aku akan mulakan langkah untuk bersengketa.
ketawa durjana. nyata!





nota penting :
"setiap perkara, perlukan perhiasan yang nyata. dan perhiasan itu memerlukan kotak yang cantik. akulah kotak itu. di dalamnya masih tak pasti, benarkah perhiasan itu benar-benar berharga atau pun penimbul durjana. AWAS kamu, wahai jarum yang pandai berlaga. ketawa."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
gua suka durian..durian belanda lagi ok

piNky LuCiA said...

hahaha. apa kena mengena durian plak. hahaha

KUREKURE COMEL said...

perhhh....ayat terbaek...

piNky LuCiA said...

hahaha. yeke? tQ. lahir daari dasar hati je. huhu

Puteri Iqa Izyan said...

bestnye kalau dah sem akhir.
tak sabar nak sem akhir jugak.. huhu..


durian sgt best :P

p/s: thanks singgah and drop komen. skang mase nk bls balik since line tenet ok la jugak ;))

piNky LuCiA said...

hehehe.. tunggu detik2 nak habis je ni. haha. dont be jeles. ngeh3. ;P

welcome puteri =)