RSS

Alhamdulillah. Allah tunjukkan jalan itu.

salam mega merah di ufuk timur kepada semua.

matahari terbenam. cantik.
senyum.

setelah berpeluh dan bertungkus lumus memikirkan sesuatu perkara.
apa yang patut dibuat.
apa yang perlu dilakukan.
apa yang harus disenaraikan.
hidup aku sedikit demi sedikit kembali tenang dan teratur.

selepas solat hajat, membaca al-Quran.
memohon apa yang patut dari Allah, pencipta alam. hati terasa sangat tenang.
setenang air di kali yang mengalir.
mampu bernafas lega.

sebenarnya, hidup ini perlu tahu batas-batas yang perlu kita lalui.
dan laluinya dengan penuh batasan syariat dari Allah.

alhamdulillah, syukur.
syukur ini aku panjatkan kepada Ilahi kerana menunjukkan aku jalan.
melegakan hati ku.

sebenarnya, kekadang masalah yang timbul memerlukan masa.
membiarkan masa berlalu, adalah sesuatu yang baik juga.
senyum.
kekadang masa adalah penyelesai segalanya.
ya. tak semua masalah dapat diselesaikan dengan masa.
tapi, dalam menghadapi masalah, kita tidak perlu melarikan diri.
hanya perlahan-lahan menyelesaikannya.

betul. aku setuju.
perlahan-lahan menyelesaikannya.
itu yang aku buat.
dan itu jugalah yang dipesan oleh en. Hati.
senyum.

hidup.
hidup ni tak perlu kelam kabut.
releks... releks...
bila kita dalam keadaan releks dan penuh dengan senyuman, otak akan bergerak dengan baik.
senyum.

status : emosi yang agak stabil berbanding sebelum ini.
ketawa.
mungkin terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan menyebabkan aku menjadi seorang yang cepat naik angin.
mungkin juga ketidakstabilan ekonomi menyebabkan aku bertambah serabut dengan hal yang bertimpa-timpa.
mungkin dengan urusan yang pelbagai, yang menyebabkan aku tidak dapat melunaskan segala kerja menyebabkan aku bertambah tertekan.
segalanya mungkin.
ketawa. dengan kuat. memenuhi segenap ruang bilik.

menarik nafas sedalam yang mungkin.
kerana semuanya bergerak mengikut apa yang dirancang.
cuma, jika satu atau dua perkara terlewat tarikhnya, aku maafkan.
kita merancang, Allah yang menentukan segalanya.
setuju?
senyum kepada semua.

aku harap, aku dapat merancang dengan baik.
senyum manis yang menawan.
semoga Allah tetap akan menunjukkan aku jalan mana yang harus aku pilih, kelak.
kerana bertanya Allah adalah lebih baik.





nota penting :
"perancangan-perancangan yang disusun perlu lebih sistematik dan teratur. kerana jika tidak disusun dengan baik, siapa yang susah. jawapan ada pada diri. tepuk dada, tanya selera. ketawa."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: