Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
status terkini : hidup lebih teratur.
sedang mengemaskini hidup yang semakin tua.
ketawa.
orang tua, memang macam ni, hidup perlu dikemaskini selalu.
ketawa sekali lagi.
bonda yang cool bertanya.
aku tidak tahu bagaimana harus ku jawab soalannya.
antara 2 pilihan. mana satu harus ku dahulukan.
kedua-duanya aku mahu.
kedua-duanya aku perlu.
oh, sukarnya memilih.
semakin tua, semakin aku sukar untuk mengetahui yang mana harus aku dahulukan.
adakah otak ku sudah beku untuk memikirkannya?
atau memang tersekat langsung untuk menafsirkan data-data yang ada?
mengeluh. perlahan-lahan.
mahu sahaja aku melepaskan keluhan sekuat yang mungkin.
tapi apa kan daya.
mengeluh tidak elok.
redha dengan kehendak takdir adalah pilihan terakhir.
sebelum tu, harus lah berusaha sehabis daya yang mampu.
setuju?
mesti setuju walaupun hati mengatakan tidak.
ketawa besar.
sedang membincangkan sesuatu dengan bonda cool.
harap cepat-cepat selesai.
aku dah pening dan tak tahu nak buat apa dah.
senyum simpul.
nota penting :
"masalah ada sahaja yang timbul. tapi kalau tak de masalah, macam tak seronok plak dunia aku. ketawa."
6 comments:
masalah yang bertimpa-timpa pada diri itu adalah sangat nikmat.hehehhe
hidup nih memang untuk selesaikan masalah
hehehhe
P/S : Antara Pukul, Jam, Minit Dan Waktu
Salam,
Join ye contest "99 Hari Kisah Klasik Kita" tu ye dear? (^^,)♥
anisa..
nikmat jika masalah itu selesai. ngeh3.
hans..
setuju 203%.. hahaha.
vee..
insyAllah. takut plak nak join.. semua cerpen, best. huhu.
Post a Comment