tepat jam 215pm..
aku kelam kabut. As dah mengamuk dah tu kat Stesyen U sana.. hihi.. sempat lagi aku bersolek. tapi aku bukan sengaja. Nad habis kelas lambat tadi. dan motor plak tetibe tersepit dicelah-celah motor orang yang datang solat Jumaat tadi. so, lambat laa sikit.. bukan sikit tu. banyak. hehehe..
sorry yer As.. Nab.. tak sengaja..
jam 300pm.
kami berempat meredah hujan di Masjid Jamek. Hujan sangat lebat. aku pun tak pasti bila hujan akan berhenti. huhu. so keputusan meredah hujan sampai basah lencun adalah keputusan paling seronok ku buat beramai-ramai. kerana tak de orang pun buat macam tu... hahaha..
jam330pm.
sampai di titiwangsa. lokasi Rumah Titian Kasih.
sebenarnya apa tu Rumah Titian Kasih? hehehe.. kamu boleh klik link yang aku berikan di atas. aku malas nak terangkan panjang lebar kepada sesiapa yang tak tahu.. :D (pemalas punya ustazah!! hahahaha.. biarlah. ~sambil membuat muka comel)
rumah nya sangat besar dan cantik. tapi penghuninya juga besar. rumah yang kami sampai ni adalah rumah lelaki. kami menunggu mak Pah untuk melawat kawasan sekitarnya..
jam430pm..
kami di bawah ke rumah perempuan Titian Kasih. rumahnya tak jauh dari rumah lelaki. kenapa di asingkan? ala.. maklumlaa semua yang ade dalam rumah tu, bukan semua adik beradik.. so faham-faham laa hukumnya.. huhu
dan disini aku kenal dengan sorang budak yang ade parents.. HAZIQ.. dia telah ditinggalkan oleh parents nya kat sini sewaktu dia masih kecil.. sekarang umur nya dah mencecah 3tahun. tapi parents nya tetap tak datang untuk mengambil nya.. kesian kan?
aku sebak dan hampir menitiskan air mata bila diceritakan tentang kisahnya.. dan aku fikir, aku lah budak yang beruntung. sewaktu ku kecil, parents ku ada di sisi untuk mengisi kedewasaan ku hingga lah aku sekarang berumur 26tahun..
kenapa lah ade jugak parents macam tu.. sampainya hati mereka... huhu
hmm.. perkara yang aku tak boleh nak lupakan.. aku memandikan Haziq.. padahal sebelum ni, aku tak pernah memandikan budak-budak. teruk kan aku ni? Haziq dengan penuh ketakrelaan aku menarik tangan ku untuk menemaninya mandi.
kenapa dia memilih aku? aku cantik sangat kot.. haha
tapi nasib baik nad, as dan zainab ade.. kalau tak, aku tak tahu ape nak buat. terkial-kial jugak aku. haha. memang aku bukan calon ibu yang baik.. hehe.. tapi akhirnya aku berjaya memandikan Haziq, menyabunkannya, menyampookannya.. hehehe. seronok Haziq main buih sabun.. sama naik ngan aku.. hahaha..
aku jugak sempat mengajar Haziq membaca ABC.. sebelum aku ajar, dia dah tunjuk.. katanya..
"ni huruf O.."
"pandai Haziq.."
aku hanya mengajar Haziq beberapa kali dan Haziq dapat menyebutnya dengan baik.. Haziq adalah budak pandai.. detik hati ku.. tapi sayang.. parents nya membuang nya di rumah ini.. hmmm... kenapa ini harus terjadi dalam masyarakat sekarang?
dan perkara yang paling sedih yang tak kan aku lupakan ialah sewaktu jam 530pm.. kami semua ingin berangkat pulang.. tapi Haziq masam mencuka. mencebik mahu ikut.. aku tak terkata... tapi sempat aku pesan pada Haziq..
"aunty nak balik dulu. nanti lain kali aunty datang lagi. Haziq jangan nakal-nakal, mesti jadi budak baik tau.."
Haziq masih menarik muncung 14.. tanda protes mahu ikut aku balik.. huhu.. tapi aku terpaksa jugak balik tanpa Haziq. aku kan masih belajar. mana boleh ambik budak-budak untuk dijaga.. huhu..
harapan aku, aku harap Haziq dapat hidup dengan baik.. :) seperti kanak-kanak lain..
Dugaan.
6 years ago