RSS

migrain?

dah 3 minggu tak dapat tidur ngan lena. dan 3 minggu ini jugak lah mimpi-mimpi aneh bertandang ke dalam lena ku, menggantikan mimpi-mimpi indah yang aku hasilkan sendiri.

hmm.. kekadang mimpi-mimpi aneh tu, menggugat kestabilan hidup aku. kekadang aku seolah-olah kuat untuk menghadapi nya. aku kekadang tidak memahami apa sebenarnya yang berlaku di dalam saraf otak ku..

sakit kepalanya hanya disebelah kanan. waktu sakit adalah antara pukul 2am-6am. dan ia memang mengganggu tidur lena ku yang telah hilang selama 3 minggu kebelakangan ini. dan ia menjadikan mataku yang cantik menjadi semakin nampak lebam.. huhu. dan menjadi kan aku daripada seorang yang tak cantik semakin tak cantik.. huhu

kata as.. aku kena balik jumpa mak. baru laa sakit kepala akan hilang. betul ke? fakta atau auta? entahlaa...

9am. aku ke klinik. ingin berjumpa doctor untuk memastikan aku ni stabil atau pun tidak. doctor tak mengulas panjang. kata nya aku mengalami migrain tahap serius jugak.. dan aku harus menjaga kesihatan ku.. huhu.. dan doctor cuma menasihatkan aku tentang beberapa perkara :

  1. minum air masak banyak-banyak. (memang dah minum banyak pun)
  2. makan buah banyak-banyak.. (aku dah tibai buah orange kat dewan makan kolej 7biji semalam. dan telah ku habis kan sebanyak 6biji sekali gus. haha. hari ni ku ambil 2 biji saje buah epal untuk ku makan. kerana aku sudah tidak berselera untuk menibai buah banyak-banyak.. huhu)
  3. pegi check aku punya power cermin mata.. adakah kurang atau lebih.. (hmm.. lebih tak kot.. may be kurang.. huhu)
  4. buang air besar kena acap kali. baru sakit kepala akan beransur hilang.. huhu.. (benda biasa yang dipesan oleh doctor pada pesakitnya.. huhu)
ubat yang di kasik plak.. aduhai... sebesar duit syiling 10sen untuk ku telan.. waaahh.. tak de ubat yang lebih besar sikit lagi ke? lalalala~

aku tak makan lagi. nasi pun lom makan jugak ni.. jap lagi laa.. aku nak mandi dulu. sebab baru je balik dari kelas. huhu. penat.

apa yang penat? haha.. penat berebut mouse rm1 pagi tadi.. tak de laa sampai berebut. tapi aku yang bertuah hari ni.. alhamdullillah. mouse yang aku guna kan sudah rosak. so aku memerlukan mouse yang baru. jadi hari ni pembukaan PC FAIR di UM.. so aku mengambil kesempatan untuk mencuba nasib. adakah aku bertuah?

so aku memang orang yang bertuah hari ni.. sebab dapat membeli mouse dengan harga rm1 kerana ku menang lucky draw.. alhamdullillah.

hmm.. mata dah mula layu.. badan pun penat. aku nak pejam mata sambil membayangkan aku di SPA dan sedang diurut manje orang tukang urut profesional.. hehehe.. wahhh.. alangkah bahagianya...

:D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS