RSS

macam-macam hal laa plak..

dah balik kL pun aku.. semalam sangat banyak kerja yang perlu aku siapkan.. tak sempat nak menjenguk ke sini.. huhu.. padahal aku asyik tertanya-tanya.. macam mana laa keadaan semua blogger.. dan dalam minda aku, aku asyik ingat kawan-kawan maya aku je. nampaknya kawan-kawan maya aku lebih memberi impak daripada kawan-kawan aku yang ade di depan mata..

kesian semua kawan-kawan aku yang ade di depan mata ni.. lalala.. tapi tak pe.. aku tetap sayangkan kamu semua.. =) hehehe... touching tak? lalala~

hmm.. kerja amat banyak dan menimbun. asigment yang tak sudah-sudah membuatkan aku sedikit pening-pening lalat.. ditekankan hanya sedikit.. bukan pening yang banyak.. hehe.. so tak de muntah-muntah or loye-loye tekak.. hahaha

hmm.. kekadang hidup yang busy membuatkan aku lupakan segala masalah yang ade. tapi tak boleh laa lupakan terus. sebab masalah diciptakan bukan untuk kita lari darinya or membiarkan masalah yang ade terbengkalai.. tapi ia perlu diselesaikan.. supaya apabila datang masalah yang lain, kita tak lah rasa makin pening dan bertambah pening.. betul tak?

so... pada sesiapa yang ade masalah.. sila selesaikan cepat-cepat.. jangan biarkan diri anda diselubungi masalah.. ngeh..ngeh..ngeh..

hari ni.. kelam kabut sikit dibuatnya.. mana tak nya.. nak settle kan rencana lagi.. nak buat company lagi.. nak bahagikan dan siapkan asigment lagi.. nak settle kan semua secepat mungkin yang boleh. sebab.. awal mac ni, aku dah mula menjadi seorang pekerja.. so kerja sambil belajar ni, memakan banyak pengorbanan.. so faham-faham aje laaa wahai diri..

tapi, yang canggihnya.. aku tetap ke mari walau pun diri aku kelam kabut sekarang.. hmm.. nampaknya.. dunia blog telah menjadi sebahagian daripada hidup aku.. dan tak dapat dipisahkan lagi.. nak ke tak nak.. aku tak dapat lari lagi..

api rindu pada blog menyebabkan aku menjadi seorang pencinta yang seumpama laila dan majnun.. dan persoalannya, kalau aku menjadi laila...siapakah yang menjadi majnun nya?

hmm.. means.. kegilaan terhadap blog makin hari, makin membesar.. siapakah yang harus dipersalahkan saat aku busy macam ni?

hmm... (diam,bisu) sambil menongkah dagu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS