RSS

hari kedua di ASDAF

pagi ni aku tak larat langsung nak buka mata.. waa.. sangat penat seharian di ASDAF semalam.. tapi ku kuatkan jugak semangat untuk bangun dan membuka mata.. banyak lagi yang perlu di siapkan di sana.. 20jam perlu disiapkan oleh group kami yang membolehkan kami lulus dalam Ko-K.. dan sekarang, kami hanya perlu menghabiskan 10jam lagi untuk mencukupkan 20jam lagi.. hehehe.. nampaknya, hari ni siap laa keje aku.. lalala~ insya Allah, hari ni selesai 20jam.. tak sabar nak habiskan 20jam.. hehehe

berbunga riang hati ku ini..

jam900am..
aku ngan Nad sampai kat ASDAF, manakala Nab dan As dah sampai sejam yang lalu.. ini gara-gara melawa laa ni.. perempuan laa katakan.. hahaha.. dush3.. As dah mengamuk tu.. hehe.. walaupun As tak cakap, tapi aku tahu.. ampun As.. huhu

sampai-sampai terus aku kemas bilik budak-budak perempuan.. asyik perempuan je ni.. bias betul aku ni.. huhu.. bukan tak nak mendekati pelajar lelaki.. tapi tak kan aku nak masuk bilik lelaki.. agak-agak laa... hehe.. aku kan wanita yang baik.. lalala~

jam1130pm..
setelah siap mengemas.. mengelap.. menyapu.. bergotong-royong ngan girls kat bilik diorang, kami mengajak diorang main plak.. lets play.. kita enjoy.. main dalam dorm je.. malas nak turun panas-panas macam ni.. hitam plak aku yang sedia hitam ni kang.. huhu..

kitorang main music box je.. tapi seronok.. hehe.. ade yang kena menari.. menyanyi.. shuffle.. wow.. dorang pandai shuffle laa.. aku pun amik kesempatan untuk belajar.. tapi sayangnya.. kaki aku tak bergerak.. aku tak pandai dan nyaris-nyaris aku terjatuh.. so.. kesimpulannya.. ko ustazah pinky.. tak yah laa belajar shuffle.. hehehe.. berangan je nak belajar.. tapi tak salah kan?

masa bermain.. siapa yang menjawab soalan dengan baik or membuat seperti arahan yang diberikan.. akan diberikan sebotol vitegen. walaupun ia nampak simple.. tapi dorang nak jugak masuk untuk mendapatkan ganjaran yang kami sedia..

kelakar pun ade.. ;)

jam100pm..
menemani kanak-kanak ASDAF ke kenduri..hmm.. ari ni ade jemputan untuk ke kenduri kawin kat stadium cheras.. hmm, baik jugak orang yang menjemput ni.. semoga Allah memberkati perkahwinan mereka berdua.. ramai ni yang nak pegi ni.. boleh ke kami nak jaga semua budak dalam satu masa?

semua yang pergi dekat-dekat 40 orang jugak termasuk kami dan pemandu bas.. kita tengok jelaa nanti..

jam200pm..
sampai ke tempat kenduri... besar kendurinya.. deretan kereta penuh kat stadium tu.. hmm.. orang senang-senang jugak ni.. pengantin nya pun sama cantik.. sama padan.. As kata dia suka tengok pengantin macam tu.. hehe

nak jaga anak-anak kat kenduri yang besar gini.. aduhai.. penat.. mana tak nya.. ramai-ramai macam tu.. bukan semua besar-besar.. ade yang kecik jugak.. walaupun penat.. tapi yang penting kami seronok..

sebab tu pentingnya niat yang ikhlas.. hehe

waaa.. makanannya sangat sedap.. dan membuatkan aku nak tumbang selepas makan. gara-gara makan banyak. haha.. itu pun aku nak tambah lagi.. tapi malu kat waiter yang kat situ je.. sebab? sebab dia tanya aku.. "nak tambah lagi ke?" terus aku cancle.. sebab malu yang amat..

nad kata sambil ketawa.. "eh.. dia faham laa.. malunya saya.." aku sengih je memandang waiter tu. malu sey...

jam300pm..
setelah setengah jam dalam perjalanan ablik dari kenduri.. akhirnya kami semua sampai ke ASDAF.. hehe.. semua anak-anak nak masuk tidur kata diorang.. penat sebab makan banyak.. tapi sebelum tu.. kena solat dulu... hehe

jam 400pm..
aku dah ngantuk tahap dewa ni.. aku cakap kat As ngan Nab.. aku nak tidur.. Nad pun ikut sama.. As ngan Nab tak nak tidur.. so diorang ajar gurls buat homework.. waa.. diorang sangat bagus.. huhu

aku ngan Nad pun bagus jugak.. hehehe.. sebab aku tidur ngan gurls yang nak tidur.. tidur bersama-sama juga mengeratkan silaturrahim.. hahaha.. yela tu.. ayat cover!!!

jam500pm
kami turun ke kitchen garden.. tengok apa yang dorang tanam.. dan apa yang perlu kitorang siram.. kot-kot laa ade.. hehe..

pastu selebihnya sesi mengambil gambar laa.. terutamanya aku.. hantu dalam bab-bab gambar ni.... hahahahaha

jam530pm..
selepas solat asar.. kami semua plan nak buat sukaneka.. macam mana belon air.. tiup belon.. tiup tepung.. main straw ngan getah..

kami bahagikan kepada 5 group.. eh.. tetibe hitung-hitung ade 4group.. eh.. mana satu group lagi.. ajaib.. pastu dalam 5 minit kemudian.. dah tinggal 3 group.. adehlaa.. pelik sungguh.. tapi itu no hal.. biarlah diorang.. asalkan diorang suka.. hepi dan ceria.. aku tak kesah.. sebab nak main ni pun.. untuk suka-suki jugakkan.. hehe

jam630pm..
selepas acara pembahagian hadiah.. kami yang penat ni bertolak balik.. semua gurls and boys tanya.. kak.. tak nak datang lagi ke?

kami tak janji.. tapi insyAllah.. kami akan datang..

sebab aku, Nad, As, Nab, bercadang nak kasik baju-baju yang kitorang dah tak guna untuk kegunaan diorang.. sian laa kat gurls tu yang tak de baju.. huhu..

hmmm.. yang pastinya 2 hari di ASDAF sangat seronok.. tak macam cakap-cakap group yang pergi sebelum ni.. budak-budak kat ASDAF susah laa.. degil laa.. tak pun.. diorang sangat baik.. dan aku rasa korang yang salah mendekati dorang.. sama-sama laa fikir.. hehehe

sebab ape? sebab aku sempat belajar bahasa semai ngan gurls yang ade kat situ.. terutamanya ngan Miyana..

bahasa yang aku sempat aku ingat.. "eng kahial.. amat biat waa kacauu.." entah ejaan nya betul atau tidak.. aku pun tak tahu. tapi itulaa sebutannya.. hehehe..

p/s : SESIAPA YANG NAK DERMA KAN BARANGAN TERPAKAI MACAM BAJU KE.. SELUAR KE.. TUDUNG KE.. BOLEH LAA CAKAP KAT AKU.. huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS